Artis / Selebriti
” Hari ini ayah melepas tangan itu untuk dipimpin oleh seorang suami.. ” – Faizal Ismail
Video ucapan Faizal Ismail di majlis resepsi anaknya, Khairina Iman buat ramai tersentuh. Bait-bait kata seorang ayah yang menusuk ke hati. Bergetar suara Faizal menahan sebak. Menangis Kayna dengan ucapan FBI..
Penyampai radio Zayan, Faizal Ismail telah pun selamat menerima menantu pada hari Jumaat yang lalu. Anak sulung Faizal, Khairina Iman dinikahkan dengan pilihan hatinya, Haziq Asri Zuhaimi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya oleh Faizal sendiri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zayan dan Kayna Iman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Faizal memberikan ucapannya di majlis resepsi Khairina. Pada awalnya, suara Faizal masih kedengaran ceria, namun apabila teks ucapan mula dibaca, suasana bertukar menjadi sebak.
Kasihnya ayah, sanggup berkorban jiwa dan raga untuk anak tersayang. Pengorbanan yang ada kalanya tidak terlihat oleh mata. Bait ucapan Faizal berupa pesanan dan nasihat untuk Khairina dan Haziq menyentuh hati warganet. Suara Faizal bergetar menahan tangisan dari awal ucapan sehingga ke akhir.

Antara intipati ucapan Faizal adalah agar pasangan pengantin sentiasa susah senang bersama dalam apa jua keadaan. Rumahtangga pasti ada pasang surutnya, pasti ada suka dukanya dan apa yang penting, saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Sbb tulah bilamana seorg suami mengucapkan lafaz akad memeterai janji wahai lelaki ingtlah yg kau kahwini itu seorang puteri ayahnya.. “
” Sebak.. saya percaya fbi seorg ayah yg penyayang..tahniah anaknya bertemu jodoh. Semoga bahagia tilljannah kayna.. “
” Allahuakbar kita yang nangis. Selamat menjalani rumahtangga. Semoga Allah memberkati Kayna dan suami.. “
” Sedihnya.. sy kawin 1bln lps bapa sy meninggal dunia… Ya Allah sedihnya.. Kata-kata seorang ayah.. mahal sebab ayah jarang berkata-kata dengan emosi.. “
” Sebaknya saya dengar…saya tdk akn berpeluang utk dengar nasihat dr seorang ayah… andai di takdirkan akn bertemu jodoh.. “
” Apa hal , aku plk yg bersangatan sedihnya. Allahhu. moga bahagia till JANNAH. AMINN.. ayah syurga kau bang Faizal.. “
” So touched ucapan seorang ayah utk anak perempuannya.. Hebat ayah … bergetar suara nya … Ucapan sgt terkesan sebab mostly ucapan FBI berkait dgn Yang Maha Besar Allah.. “
Satu ucapan yang membuatkan ramai menangis mendengarnya. Tulus dan besarnya kasih sayang seorang ayah untuk puteri sulungnya ini. Semoga bahtera perkahwinan Khairina dan pasangannya ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zayan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman

