Artis / Selebriti
” Aina listen, tak perlu ikut haters tu. Mereka ni semua takkan suka kau .. ” – Datuk Ramli MS

Video Datuk Ramli MS Memberikan Nasihat Kepada Aina Abdul Raih Perhatian Ramai. Padu Sungguh Nasihat Tok Ram Tu, Harap Aina Terus Kuat !!
Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul pasti ramai mengenalinya. Baru-baru ini, Aina mendedahkan kepada media, gara-gara komen Datuk Ramli MS ketika bersama-sama menjadi juri untuk program Big Stage sebelum ini memberi kesan hingga Aina berjaya menghasilkan album sulung berjudul Imaji.
Bagaimanapun kata-kata Tok Ram itu diambil dan dijadikan Aina sebagai pembakar semangat untuk diri menetapkan fokus demi memastikan penghasilan album berjalan dengan sempurna. Kata Aina lagi, album Imaji ini untuk menutup mulut beberapa pihak yang sering mempersoalkan tindakannya mengadakan konsert di Axiata Arena walaupun dia masih tidak mempunyai album.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Astro Gempak telah dikongsikan wawancara bersama Datuk Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram. Menerusi video itu, Tok Ram memberikan sedikit penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Aina.
Selain itu, Tok Ram juga menasihati kepada Aina untuk mengabaikan setiap apa yang dikatakan oleh haters mengenainya. Kata Tok Ram lagi, Aina perlu sentiasa percaya pada diri dan teruskan berkarya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Tok Ram. Antara komen-komen tersebut adalah :
” AINA Terima Semua Yang Buruk.. Dia Seorang Yang Memahami Orang Sekeliling Dia.. This Album For Her Fans, Yang Bukan Tu Sorry Not For You.. “
” Haters alwys be haters, hahahaha.. Memanng smpai m4ti ttp akan ada haters gituuuuu.. Tok Ram cakap.. Be yourself. Don’t bother haters want to say.. “
” Korang tak nmpak bakat dia.. Korang tau kondem je. Dengar la lagu dia. Dia berkarya tau tak. Dia usaha. Usaha tak kan kh1anati hasil.. “
” Terbaik Dato Ramli. Keep flying high Aina.. Ignore the haters. Anda kene tahu ramai yg menyokong bakat anda.. “
” Betoll.. Abaikan. Main dengan haters in, Palestine pun dia salahkan. Mmg tahap sy4itan dlm diri tu terlalu tinggi. Kennot help.. “
” TQ Tok Ram.. Suka ayat last tu.. Money speaks.. Money will go look after you.. Semoga semakin berjaya Aina..Haters will hate tapi diaorg masih dekat situ je, haha tak kan ke mana.. “
” Jadi artis harus kuat mental klu tak bleh giler.. Tak kuat mental bersara cepat2. Betul Tok Ram ckp bukan senang nak puaskan hati semua org.. “
Betul apa yang dikatakan oleh Tok Ram itu. Kita tak akan mampu puaskan hati semua orang. Jadi abaikan kata-kata negatif yang boleh menjatuhkan kita. Buat Aina, lapangkan dada, terus berfikiran positif dan semoga Aina terus maju jaya dalam bidang seni suara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak, ainaabdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen