Connect with us

Artis / Selebriti

” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Ariq Matin meriba adik bongsunya, Akira Juwita Zahra raih perhatian ramai. Alahai, sebijik betul muka Akira dengan Shuib, copy paste sangat..

Umum mengetahui bahawa pasangan suami isteri, pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanifiah baru-baru ini telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka. Kehadiran si kecil itu semestinya menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka. Pasangan ini juga memilih nama Akira Juwita Zahra buat puteri kesayangan mereka.

Meninjau di akaun TikTok milik bogsagoxzjb, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shuib sedang merakam gelagat anak lelakinya, Ariq Matin ketika meriba adiknya, Akira. Menerusi video tersebut, kelihatan Matin begitu berhati-hati meriba Akira sambil diperhatikan oleh Shuib.

Apa yang lebih mencuit hati, kedengaran Shuib sempat menyakat anak kecilnya itu dengan nada manja dan penuh kasih sayang. Gelagat mereka sekeluarga membuatkan ramai Yang seronok melihat hubungan erat antara adik-beradik tersebut. Sikap Matin yang pandai melayani adiknya juga turut mencuri perhatian ramai.

Perkongsian video ini sekali lagi mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang memuji kecomelan Akira yang dikatakan memiliki wajah seiras dengan bapanya, Shuib. Malah, ada juga yang kagum melihat Matin yang dilihat begitu penyayang serta cekap membantu menjaga adik bongsunya itu.

Tonton video di bawah ini :

@bogsagoxzjb

#shuibsepahtu #watiehanifiah #fyp #foryoupage

♬ original sound – Watiee Shuib – Watiee Shuib

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. Pandai betul Matin jaga adik.. “

” Matin la paling bertuah sbb ada kakak ada abg,ada adik llki,ada adik perempuan.. Lengkap dah mateen, kan mateen kan

” Bukan rambut je macam daddy muka pun macam daddynya jugak.. Betul2 copy past daddy anak manja ni.. “

” Mmg muka soooooiiibb sungguh la akira ni.. Cumel.. Moga terus membesar dengan sihat ye sayang Akira cumelll.. “

” Akira sudah besar comel abang2 kakak daddy mummy semua sayang.. Bestnya dapat bau baby.. Sedap sangat bau baby.. “

” Masyaallah, photostat betul betul muka Shuib lah.. Hehehe geramnya tengok dia, pipi montel, rambut tu, hehehe.. “

” Semoga terus sihat abg matin dgn adik akira ya.. Sayang sgt kat adik.. Pandai jaga adik.. Anak solehah Akira yer.. “

Dalam masa yang sama, ramai turut menitipkan doa agar Akira Juwita Zahra terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya. Keharmonian keluarga Shuib dan Watie ini sememangnya sering mendapat perhatian serta kasih sayang daripada para peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bogsagoxzjb

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak