Artis / Selebriti
” YB dah rosak teruk ni. Kesian Yayang Bella kena buli, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq acah-acah nak suap Bella Astillah makan buat ramai terhibur. Sekali tunang Didi Astillah, Diniey Ng pun sama menyakat Bella jugak. Tak baik tau YB gelakkan Bella, hehe..
Bagi yang setia mengikuti kisah cinta antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah, pasti mengetahui bahawa pasangan ini sering dilihat serasi bersama apabila digandingkan. Hubungan mereka juga sentiasa mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas mereka bertunang.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik tunang adik Bella, iaitu Diniey Ng, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Bella bersama YB Saddiq dan Diniey membuat video POV bertemakan “Tak boleh tengok orang bahagia, kita pun nak join bahagia”. Gelagat mereka bertiga mencuri perhatian ramai dan membuatkan suasana kelihatan begitu santai serta menghiburkan.
Ketika awal video tersebut, kelihatan YB Saddiq sengaja mengusik Bella dengan gaya seolah-olah ingin menyuapkan makanan kepadanya. Tindakan spontan dan bersahaja itu membuatkan Diniey seakan-akan tidak berpuas hati melihat kemesraan pasangan berkenaan. Reaksi wajah Diniey juga membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa.

Namun, siapa sangka, Diniey kemudiannya bangun dan terus menuju ke arah Syed Saddiq sebelum turut sama menyakat Bella. Aksi berseloroh mereka bertiga menjadikan video tersebut mencuit hati dan menghiburkan. Jelas kelihatan hubungan akrab antara mereka membuatkan ramai seronok melihat kemesraan yang dipaparkan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” YB dah rosak teruk ni. Kesian Yayang kena buli, haha.. Mentang2 la yg sorang tu ade lesen buli kemain suka ehh dpt buli.. “
” Sampai hati korang erk buli yang Bella.. Kesiann tau Yayang asyik kena buliii Jeee nakal koorang yeeeee. hahaha.. “
” Yb in character betul ehh.. mboiiii yb dan diniey seronok kenakan yang bella ye.. Tunggu Didi team dgn yang Bella kenakan balik nanti.. “
” Hahahaha lepas ni Didi Astillah ngan Bella Astillah pula yer kenakan tunang masing2.. Nakal betu lah dorang ni, haha.. “
” Hahaha Diniey pun sama perangai.. Ingatkan tadi dia fedup tengok YB menyakat Bella, skali dia pun join sekali.. “
” Amboiiii yb dan diniey seronok kenakan yang bella ye.. Tapi comel je tengok.. Moga2 terus bahagia selamanya Bella dan Yb.. “
” Aku pulak yg mengangah mulut kenapa ya.. Hahahaaa kesian yayang kena buli. Mentang2 la yg sorang tu ade lesen buli kemain suka ehh dpt buli .. “
Perkongsian video itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur melihat telatah Syed Saddiq yang disifatkan semakin sporting dan suka mengusik Bella. Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa Syed Saddiq kini semakin “rosak” kerana sudah pandai menyakat tunangnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG dinieyng
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

