Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen

Video reaksi anak bongsu Shuib Sepahtu, Akira Juwita Zahra ketika mummynya, Watie Hanifiah membebel buat ramai geram. Sama naik Akira membebel sama. Banyak mulut, comel sangat..

Umum mengetahui bahawa pasangan selebriti Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan beberapa bulan lalu. Kehadiran puteri kecil mereka melengkapkan lagi kebahagiaan rumahtangga pasangan ini.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Watie, sebuah video yang memaparkan gelagat comel Akira ketika bersama ibunya telah berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Akira berada dalam dakapan Watie sambil menikmati susu yang diminumnya. Pada masa sama, kedengaran Watie bercakap dengan penuh kasih sayang sambil menyakat puteri kesayangannya itu agar menghabiskan susu tersebut.

Apa yang paling mencuit hati para penonton ialah telatah Akira yang seolah-olah memberikan pelbagai reaksi setiap kali ibunya bercakap dengannya. Walaupun masih kecil, gelagat Akira yang ‘banyak mulut’ dan seakan-akan ingin membalas percakapan Watie membuatkan ramai warganet berasa geram melihat kecomelannya.

Bukan itu sahaja, ramai warganet turut memuji wajah Akira yang semakin comel dari hari ke hari. Ada yang berseloroh mengatakan pipinya yang gebu dan montel mengingatkan mereka kepada watak animasi Jepun yang terkenal iaitu Shin Chan. Perbandingan tersebut dibuat sekadar untuk menggambarkan betapa comelnya wajah Akira yang memiliki pipi bulat dan menggebukan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comeynya macam kartun Shinchan. Geram, macam Jepun look.. Msti dlm ht akira ” mami sy dh bam bam ni mami oi…bg la sy khughuss cikey mami.. “

” Pandai Akira sembang, haha comeinya masyaallah.. Betul2 ank syuib… Muke Shuib sungguh la.. Comel die pndai sembang tu.. “

” Macam anak jepun la.. Akira belun lgi 3 bulan ,da mcm umur 5 bulan.. Masyallah,akira ni shuib junior la..moga membesar sihat dan pintar ya sayang.. “

” Bijak nye anak solehah,peramah akira ni nanti suke nyembang ye,geram nyee ..Eeeeiiiiii geram betul laaaaa.. Pipi tu nk pegi mana kira.. “

” Mummy tgk korean ker spnjg pregnant…dh mcm muka korean dgn pipi dia lg Semoga sy ibu yg tak terpedaya dengan keramahan Akiraaaaa.. “

” Pandai menyembang akira..Masyaallah tabarakallah.. Muncung tuAmboiii gerammnyaaa dak tecik ni..budak bijakkk.. “

” Dah macam suara doremon dah suara mommy nya… Hahaha.. Akiraaaa.. Kuat borak ni… Sukanya bila baby respon macam ni.. “

Selain memuji kecomelan Akira, ramai juga berpendapat wajah puteri kecil itu saling tidak tumpah seperti bapanya, Shuib. Ada yang mengatakan semakin meningkat usia Akira, semakin jelas raut wajahnya mewarisi wajah Shuib sehingga mudah dikenali.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamwatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak