Artis / Selebriti
” Ini bukan soal kecewa atau tidak, perlu hormat.. ” – YB Syed Saddiq
Video respon YB Syed Saddiq ketika diajukan soalan mengenai persiapan perkahwinannya bersama Bella Astillah sejurus selepas keluar dari Mahkamah. Alamak, ada juga yang tanya pasal kahwin masa ni. Jawapan YB tu memang win..
Hari ini, tanggal 30 Jun 2026 menjadi tarikh yang dinanti-nantikan oleh MP Muar, YB Syed Saddiq yang mana keputusan rayuan pendakwaan terhadapnya bakal diputuskan oleh hakim. Namun sayangnya, kesihatan salah seorang hakim tidak mengizinkan dan prosiding ini ditangguhkan pada 13 Julai nanti.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq meluangkan masa bersama pihak media yang setia menantinya sejak awal pagi lagi. YB Saddiq cuba menjawab dengan sebaiknya semua soalan daripada wartawan.
Selain soalan mengenai kes mahkamah ini, YB Saddiq turut diasak dengan soalan mengenai status persiapan perkahwinannya bersama Bella Astillah. Memandangkan tujuan kehadiran YB Saddiq di mahkamah adalah kerana kesnya, soalan ini tidak dijawab oleh YB Saddiq.

Dalam keadaan dirinya yang masih kerisauan kerana kesnya ditangguh lagi, YB Saddiq tetap menjawab dengan tenang dan profesional. Memetik komen warganet, ramai yang tidak bersetuju soalan peribadi sebegini ditanyakan kerana keadaan dan masanya tidak bersesuaian.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Wartawan tak faham bahasa dan takde etika…soalan yang sama juga d ajukan… bertanya lah pasal kes beliau..bukan hal peribadi…yang lepas2 pun wartawan bertanya kan hal ni jugak..pun tak serik..ini mahkamah persekutuan,bukan melodi tv3.. “
” Well said YB.. n tampil tenang.. Semoga dipermudahkan urusan.. Soal kawin, Allah akn tentukan bila masa yg tepat, lmbt atau cepat. Seperti juga zuriat.. “
” Menjadi wartawan yg beretika lagi berakhlak slh 1 ciri yg diperlukan dlm situasi ni. soalan pon xkne tempat.. “
” Agak2 la soalan pun xkena dgn situasi..org tu dhla msh risau kena tangguh,aju pulak soalan kawen..aduii la.. “
” Media pun….msa tu la nk tnya psl kwin…x sesuai… Die tgh serabut kes tangguh wartawan pun… mintak kaki haha.. “
” Betul la tu, x sesuai soalan pon.. Yb so professional.. push2 yb srh Komen isu perkahwnan die tu buat ape. bg dia ruang inshaAllah ada jodoh tak ke mana.. “
” Apelah wartawan ni…..x fhm ke perasaan yg chaos dgn mhkamah..ko pi tnya soal peribadi..buat apa. Soalan xkena dgn situasi.. “
Soalan bersifat peribadi sebegini tidak wajar ditanyakan dalam keadaan YB Saddiq yang belum mendapat sebarang keputusan mengenai kesnya ini. Sama-sama lah kita memberi ruang kepada YB Saddiq untuk menyelesaikan kes mahkamahnya dahulu dan kemudian semoga akan ada berita gembira yang dinantikan semua orang itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG xtra, ig kosmo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

