Artis / Selebriti
” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen
Video Mek Yun bertemu dengan wanita yang memiliki wajah seiras dengannya raih perhatian ramai. Sekali Mek Yun bertudung terus keliru yang mana satu Mek Yun. Macam kembar, sebijik sama..
Pempengaruh media sosial terkenal, Mek Yun sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berpeluang bertemu seorang wanita Melayu bertudung yang dikatakan sangat seiras dengannya. Video pertemuan mereka telah dikongsikan di akaun Instagram milik Mek Yun.
Wanita tersebut merupakan seorang jururawat dan sebelum ini pernah tular di media sosial kerana memiliki wajah yang hampir sama dengan Mek Yun, namun dalam versi muslimah. Ramai netizen mengakui mereka terkejut melihat persamaan wajah kedua-duanya terutama pada bahagian mata, senyuman dan bentuk muka.
Momen pertemuan mereka menjadi lebih menarik apabila nurse tersebut menyarungkan tudung kepada Mek Yun. Dalam sekelip mata, ramai terus menyifatkan mereka seperti pasangan kembar yang sudah lama terpisah. Apabila Mek Yun bertudung sepenuhnya, wajahnya memang hampir seratus peratus sama dengan jururawat berkenaan.

Walaupun begitu, netizen turut menyedari satu-satunya perbezaan ketara antara mereka hanyalah dari segi ketinggian. Selebihnya, kedua-duanya dilihat mempunyai aura dan raut wajah yang hampir serupa. Memang macam kembar.
Jom tonton video di bawah :
@lilycms92 #stitch with @daddyichaa aku jadi kembar @Mekyun semalam je weh, harini aku still misi makan gaji 😆… The President Jona 🤣 barai.. #misi #jona
Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi lucu dan terhibur daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan :
” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh mekyun masuk shift je , Mek lily lg sepet dpd Mek yun.. “
” Aku ingatkan mekyun ada 1 je kat Malaysia. Dah jumpa yg ke 2 hahahah Ya Allah sama giler tak tahu mana satu mekyun youall tolong bagi tahu mana satu mekyun.. “
” Mek yun can nurse me when I sakit tak? Akak tu kalau nak cuti tapi cuti tak kena lulus sebab katanya tak cukup staff, boleh minta tolong Mek Yun cover jak la eh .. “
” Kira skank ni kena tambah lagik satu adik pompuan ke ni. dah cukup serabut dah ni .. Dia lagi Chinese dari mekyun camne ni hahahaha.. “
” Alolololollll comeyyy nyooo mek berduo ni Abe2 MekYun ada adek kembar seiras la. alala Comey mekyun pon pki tudung sporting abis , hampir2 twin mek lily kecik sikit.. “
” Memang wujud kan muka seiras ni. MasyaAllah. Copypaste. 100% sama lah Mak Yun & Men Yan ke sorang lagi tu?.. “
” Seriously mcm kembar la… Kasi make up sama sama lain ksli ya. senyum and gelak pun sama. Serious sama, dua2 comey senyum pun same do’oh.. “
Pertemuan itu menghiburkan ramai selain membuktikan bahawa memang wujud insan yang mempunyai wajah hampir sama walaupun tidak mempunyai pertalian darah. Bertuah akak nurse kita kerana mempunyai wajah seiras Mek Yun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mekyun
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen

