Artis / Selebriti
” Dia punya buat gaya rap tu memang comel lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah anak Maryam You Narae, Rina membuat gaya rap ketika mendengar lagu bertajuk Hantu dan Haa Tepuk buat ramai terhibur. Berdekah Appa tengok Rina buat gaya rap tu, comel sangat Rina..
Anak kepada pasangan pempengaruh terkenal, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim iaitu Rina sering menjadi perhatian warganet. Setiap perkongsian yang dimuatnaik oleh pasangan ini di media sosial sering memaparkan gelagat Rina yang bijak dan comel serta berjaya menambat hati ramai.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan sebuah video yang merakamkan telatah Rina sedang medengar lagu di dalam kereta. Menerusi video tersebut, Rina kelihatan mengikut alunan lagu yang didengarnya berjudul Hantu dengan penuh semangat.
Apa yang lebih mencuit hati, kanak-kanak yang baru berusia empat tahun lebih itu bukan sahaja mengetahui lirik lagu tersebut, malah turut membuat gaya rap mengikut rentak lagu tersebut. Telatah spontan Rina itu sekali lagi mencuri perhatian warganet dan mengundang senyuman ramai yang menontonnya.

Selepas itu, Rina turut teruja mendengar lagu rap kedua bertajuk Haa Tepuk. Nampaknya Rina sangat meminati lagu itu, Rina sekali lagi membuat gaya rap mengikut rentaknya. Melihat telatah comel Rina membuat gaya rap, kedengaran Ryzal turut berdekah ketawa sewaktu merakam video tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan tidak ketinggalan memberikan pelbagai kata-kata usikan yang menghiburkan. Antara komen-komen menarik yang dapat dilihat ialah:
” Kemon la appa, Rina da lama praktis belakang rmh, haha tunggu msa nak perform je… Dia punya buat gaya rap tu memang comel lah.. “
” Makin besar makin byk gelagat Rina.. Dah lah comel, nampak cerdik lah Rina.. Mesti ramai yang terhibur tengok telatah Rina ni.. “
” Uishhhh siap tangan tu, haha pastu dengan tutup mata penuh feeling betul, haha.. Rina, Rina geram tengok, aahaha.. “
” Ya Allah comelnya budak ni…. Pandai Rap lagi.. Rina comel.. Confirm adik beradik Ryzal ni gelak sama tengok.. “
” Yg Penting Kena Ada Gaya! Pandai La Rina.. Serba boleh budak comel ni.. Kejap dah besar Rina.. Pandai lah dia.. “
” Ishhhhh kiyut lah tengok.. Bila darah K-pop minat M-pop ni lah jadinya, haahahaha.. Kelakar tengok.. “
” Uishhh lain maciam wooo dia rap.. Hahahahahaa comel2.. Suka tengok.. Masyaallah, anak bijak Rina ni, hehe.. “
Perkongsian video ini bukan sahaja menghiburkan, malah turut memperlihatkan perkembangan positif Rina yang semakin bijak dan berani menonjolkan bakatnya. Kecomelan serta kepintaran Rina jelas membuktikan bahawa didikan serta sokongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri anak sejak kecil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen

