Artis / Selebriti
” Comel dengar Jebat cakap ‘Babah aim senget’. Babah salah kan angin pulak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Jebat Jayden merakam babahnya, Sharnaaz Ahmad sedang melastik cicak buat ramai terhibur. Kali ke 5 baru kena yer babah. Part mukadimah tu bukan main lagi, haha..
Anak kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sering mencuri perhatian warganet dengan telatah lucu dan mencuit hati. Setiap kali kemunculannya di media sosial, gelagat spontan serta kepetahan Jebat Jayden ketika bercakap pasti membuatkan ramai terhibur dan tidak kering gusi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sharnaaz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelakon itu sedang mengisi masa bersama anaknya. Video tersebut dirakam dalam suasana santai di rumah yang mana memperlihatkan hubungan rapat dan mesra antara dua beranak ini.
Menerusi video berkenaan, Sharnaaz dilihat cuba melastik seekor cicak yang berada di dinding rumah. Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah momen tersebut dirakam sendiri oleh Jebat yang teruja sambil memberi reaksi spontan terhadap aksi bapanya itu.

Telatah dua beranak ini nyata mencuit hati ramai warganet. Manakan tidak, beberapa kali Sharnaaz cuba melastik cicak tersebut, namun tidak berjaya. Sementara Jebat Jayden pula terus bersuara dengan celoteh dan reaksi yang membuatkan suasana bertambah lucu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet kepaada Sharnaaz. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel dengar Jebat cakap ‘ babah aim senget’. Besar dah Jayden, turn dia pulak rekod babah dia sekarang, haha.. “
” Kemon la babaaaa.. Tembak guna pistol dlm movie semua kenaaaaaaaa… Adooiiii… Kemon babaaaaa, hahahha jangan bagi malu Jebat.. “
” Jebat Say : babah ape babah buat tu babah… Kenapa tak kena Tu babah.. Hahaha.. Comel je 2 beranak ni.. “
” Hahahaha aku lak yang geram mcm nk ambek penyapu katok ja cicak tu.. Last2 kena pun tak mati juga cicak tu yer.. “
” Comel dia pesan kat baba dia “be careful “.. Sat noh masa, dah besar dah buat Jebat ni.. Dulu2 babah dia dok mengusik dia.. Lani dia plk dok mengusik babah dia.. “
” Hahahahah. Cicak tu kata. Eleh mogaya berlakon hebat sangat. Hahhaha. Lastik aku pun tak kena pun.. Hahhaa.. “
” Babah salah kan angin pulakkk babaaaaaahhhhhhhh.. Mamu tangan tak bedong ni dulu2 kan, hahahaaaa.. “
Perkongsian video ini bukan sahaja menghiburkan, malah memaparkan sisi kebapaan Sharnaaz Ahmad yang penuh kasih sayang. Gelagat Jebat Jayden yang polos dan kelakar itu sekali lagi membuktikan bahawa momen bersama keluarga seperti ini mampu menceriakan hari dan mencuit hati ramai yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharnaazahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu

