Artis / Selebriti
” Suara ibunya, love dengar. Makin sedap suara Thalita dan Umai ni.. ” – Komen Netizen
Video Thalita dan Umairah berduet menyanyikan lagu arwah Siti Sarah, Kesetiaan raih pujian ramai. Wah sebelum ini Umai pernah bantu masa Thalita sebak menyanyi, kali ni berduet pula. Dua-dua suara mantap dan padu..
Sebelum ini, ketika Thalita muncul dan menyanyi di khalayak ramai buat pertama kalinya di busking anjuran Radio Era, Umairah pernah membantu ketika Thalita sebak dan tidak dapat menyambung nyanyiannya. Tindakan Umairah ketika itu mendapat pujian ramai kerana memberi sokongan kepada Thalita.
Kini mereka dipertemukan sekali lagi dalam sebuah majlis khas. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Thalita dan Umairah berpadu suara sekali lagi mendendangkan lagu popular arwah Siti Sarah Raissuddin, Kesetiaan.
Mendengar kelunakan suara Thalita menyanyikan lagu ibunya itu ramai yang terpegun. Hari demi hari, Thalita semakin bagus dalam teknik nyanyian dan kawalan suaranya. Tone suara Thalita lebih-lebih lagi part low note semakin sedap dan suaranya diakui sama seperti suara Siti Sarah.

Umairah pula tidak perlu dipertikaikan lagi kerana vokal suaranya sememangnya bagus dan lunak merdu. Umairah yang tampil berbaju kurung moden kelihatan ayu dan semakin kurus. Anak dara Siti Sairah ini bertambah cantik dan suaranya mampu membawakan apa sahaja lagu dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Sejak perkongsian ini dimuatnaik, ianya telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara umai makin sedap… Thalita pun lama2 bila di asah akan jd makin sedap.. All the best girls.. “
” Sedapp suara thalita dengan umai. Sangat talented.. Thalita ada suara arwah ibunya ni.. good job keep it up.. “
” Suara ibunya, love dengar. Makin sedap suara Thalita dan Umai ni.. makin boek Thalita.. tak puas dengar.. “
” Meremang dengar suara Umai.. Thalita pun suara makin bagus.. keep it up.. Umai makin lawa.. “
” Mana sdh orng2 yg kata thalita nyanyi x sedap n x talented tu? dengar suara dia sedap mcm ibunya… cuma dia ni perlu diasah lebih bnyk lagi sbb bkn kerja penyanyi dan blm bnyk experience.. “
” Umai makin cantik, slim sikit lagi memang cantik.. thalita suara macam arwah ibunya.. yang makan aiskrim tu adik Umai ke. sedapnya menikmati aiskrim.. “
” Sukanya dengar suara Umai dan Thalita ni.. sedap dan ada lunak tersendiri. Thalita makin sama suara ibu lah.. umai of course super merdu.. “
Tidak puas semua mendengar suara merdu Thalita dan Umai itu. Ini juga antara paduan suara duet yang sedap didengar. Thalita semakin banyak kemajuan yang ditunjukkan dan yang paling menarik suara Thalita sangat serupa dengan suara ibunya. Moga Thalita terus berusaha dan menjadi penyanyi sehebat ibu suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

