Artis / Selebriti
” Ketika aku mula-mula kahwin dulu, aku tak tahu masak langsung.. ” – Erma Fatima
Video Erma Fatima kongsi juadah yang dimasaknya untuk majlis rumah terbuka raih perhatian ramai. Wah pandainya Erma masak, ingatkan tempah katering. Part perkongsian Erma tu sebak pula baca..
Meninjau di akaun Instagram milik Erma Fatima, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya mengadakan majlis rumah terbuka khas buat rakan-rakannya. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian ramai, apatah lagi dengan suasana majlis yang meriah dan penuh kehangatan.
Namun begitu, apa yang paling mencuri tumpuan adalah pelbagai juadah yang disediakan untuk para tetamu. Setiap hidangan kelihatan begitu menyelerakan dan disusun dengan cukup menarik dan setanding dengan sajian di majlis eksklusif.
Lebih mengagumkan, kesemua menu tersebut rupa-rupanya dimasak sendiri oleh Erma. Usaha dan dedikasi Erma boleh dipuji, apatah lagi apabila melihat kepelbagaian hidangan yang disediakan dalam satu masa. Manakala di ruangan kapsyen, Erma turut berkongsi kisah perjalanannya dalam mempelajari seni masakan.

Cerita tersebut bukan sahaja menyentuh hati, malah memberi inspirasi kepada ramai untuk tidak mudah berputus asa dalam mempelajari sesuatu kemahiran baharu. Sehingga kini, perkongsian Erma tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Erma dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita sama kak, biar lauk tu lebih n jgn kurang.. Malu kalau makanan tak cukup. Biar tetamu makan puas2, bila tgk tetamu makan berkali2, kita pun kenyang tgk.. “
” Alhamdulillah air tangan sis dah mcm menu hotel laaaa mesti sedap nieee ada lebih tak teringin nak rase air tangan Erma Fatimah.. “
” Ni da level blh bukak busines katering kak.. Rumah kak di mana, ahahaha tak nak jemput sekali ke makan2.. “
” Woww dah macam hotel punya menu.. Ingatkan tempahan katering.. Rupanya sis Erma yang masak.. Padu2.. “
” Tak tau knp tak tanya sis.. Ni confident melangit sgt ni.. Hahahaha.. Btl biar lebih jgn kurang.. Kesian tetamu dh tak dpt mkn.. Takpe skrng terror sgt dah.. “
” Kak Erma lainkali jemput saya .. saya da terliur tgk lauk tu semua. .Satu2 menu tengok semuanya menyelerakan.. “
” Ni dah level2 hotel, makanan nampak sedap, bekas makanan pun nmpak sangat menarik.. Seronok lah tetamu menjamu selera bila tuan rumah raikan macam ni.. “
Selain itu, warganet juga turut meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan Erma. Malah, ada yang memuji hasil masakannya yang kelihatan seperti hidangan bufet di hotel dan menjadikan majlis rumah terbuka itu lebih istimewa dan mengujakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen

