Artis / Selebriti
” Gara-gara Ratu saya bergaduh. You yang goda I.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Video live Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan Ratu Farah buat warganet terhibur. Lawak dengar cerita Dato’ merajuk sampai bawa diri gara-gara Datin marah isu video dengan Ratu tu. Berdekah Datin gelak, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papa Laris by AA, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Dato’ Aliff Syukri bersama Datin Shahida dan Ratu Farah. Datin Shahida membocorkan satu rahsia Dato’ Aliff kepada semua. Ini berpunca daripada video kontroversi Dato’ Aliff bersama Ratu tempoh hari.
Datin Shahida ada memberitahu sebelum ini, dia menegur Dato’ Aliff kerana kelakuannya itu. Kata-kaya yang Datin berikan kepada Dato’ juga agak sinis dan pedas. Rupa-rupanya ada lanjutan dari kisah tersebut. Menurut Datin Shahida, Dato’ Aliff merajuk selepas kejadian itu.
Dato’ Aliff membawa diri ke kebun durian milik mereka. Tidak itu sahaja, Dato’ Aliff turut meninggalkan pesanan untuk semua pekerjanya. Datin Shahida tidak dapat menahan ketawa sambil bercerita mengenai perangai merajuk Dato’ Aliff itu.

Dato’ Aliff pula mendengar Datin Shahida memecahkan rahsianya ini, menyalahkan Ratu kerana menggodanya. Riuh rendah live ini dengan ketawa Datin Shahida dan Ratu kerana berjaya mengenakan Dato’ Aliff. Ratu bertubi-tubi memukul manja Dato’ Aliff dengan beg tangan kerana geram dengan ayat pedas Dato’ Aliff itu.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisbyaa Gara-gara Ratu papa mama merajok! 🤣 #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #ratu #papalarisbyaa #papalaris
Dato’ Aliff yang tidak beringat ketika live, alih-alih Ratu pula yang disalahkan. Namun bagi yang mengikuti Dato’ Aliff pastinya sudah masak dengan perangai masuk air usahawan terkenal ini. Bak kata Datin Shahida, Dato’ Aliff apabila terlebih excited, memang begitu jadinya.

Live yang penuh ceria apabila Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Ratu bergandingan. Apa-apa jua yang terjadi sebelum ini, ianya hanyalah sekadar gurauan antara Dato’ Aliff dan Ratu. Dato’ Aliff menganggap Ratu seperti ahli keluarganya sendiri dan tidak lebih daripada itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papa Laris by AA
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

