Artis / Selebriti
” Melompat lepas tarik dan dapat peluk Aina is another level, comel. Nasib tak pengsan.. ” – Komen Netizen
Video gelagat seorang peminat Aina Abdul yang begitu teruja ketika dipanggil naik ke pentas buat ramai terhibur. Punya lah seronok, sampai melompat-lompat dapat peluk dan menyanyi bersama Aina. Memang peminat tegar ni..
Aina Abdul bukan nama asing dalam industri dan Aina sudah berada dalam levelnya yang tersendiri. Peminat Aina merangkumi pelbagai lapisan usia dan di seluruh pelosok negara. Selain bakat dan suara Aina yang merdu, Aina juga disayangi ramai kerana sikapnya yang tidak sombong dan mesra dengan peminat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hazim.0271 dan fafabikabonat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Aina di sebuah event di Sungai Rambai, Melaka. Ketika Aina muncul di pentas, ramai yang bersorak dan menjerit memanggil nama Aina.
Antara peminat yang datang, Aina memanggil seorang wanita yang melambai-lambai tangan kepadanya. Wanita ini sangat teruja apabila dipanggil oleh Aina dan terus bangun berlari ke arah Aina. Dek kerana terlalu teruja, wanita ini memeluk Aina dan melompat-lompat kegembiraan.

Aina sendiri terhibur dengan gelagat peminatnya ini dan menggenggam tangan wanita tersebut sambil meneruskan nyanyian. Cara Aina melayani peminat itu mendapat pujian warganet. Untung peminat ini dapat peluang keemasan bersama Aina seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
@hazim.0271 mana akak Farah tu munculkan diri 😂😂 #ainaabdul #terushidup #ajl37 #melaka #sungairambai
@fafabikabonat takda apa dah nak diungkapkan sayang faa ikhlas untuk aina abdul #fypシ @ainaabdulofficial
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku sengih sorang sorang ni kenapa, haha.. aku yang happy sampai meleleh air mata ni.. faham perasaan itu, obes dengan aina.. Cute laaaaa bestnyaaaaaaaa all out dapat hug banyak kali.. “
” Ya Allah kak.. adoiyaiiii dekah. Terbaik sporting Aina macam biasa sporting layan peminat.. Seronoknya tengok akak. Hahahahaha melompat lepas tarik n dapat peluk ainaaaaa is another level, comel.. “
” Nasib tak pengsan, nampak aina disayangi.. comelnya aina layan peminat. dia punya excited tu, memang real.. happy for you akak suara pun sedap gila.. “
” Kelakar la sis.. hahah happy sgt, tp kalau sy pun,mmg happy jgk.. support aina from the beginning.. Aku pun excited wei kalau jumpa Aina depan2. Cuma xdpt nk peluk je.. “
” Bestnya Farah. Rezeki dia dapat naik pentas dan nyanyi sama2 dgn Aina. aina pulak humble.. Nampak sangat aina xnak lepaskan… so cute.. “
” Excited gila dia dapat jumpa.. aina sgt soft.. appreciate semua fans dia..semoga aina kekal relevan dan dimurahkan rezeki selalu.. nangis tengok cara dia layan peminat dia.. “
” Sweetnya, bagus Aina layan peminat dia.. 10 kali ulang part dia nyanyi sambil peluk tu, terkejut best betul layan fans.. “
Siapa sahaja yang tidak teruja apabila dapat bermesra dengan penyanyi kesayangan seperti ini. Aina juga sangat baik melayani peminat dan memahami keterujaan peminat. Kenangan terindah untuk dikenang sampai bila-bila oleh peminat bertuah Aina ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok hazim.0271, Tiktok fafabikabonat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen

