Artis / Selebriti
” Wah TP tapau semua eh muka Kayden. Comel sangat Kayden.. ” – Komen Netizen

Madammu Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anaknya, Kayden Yang Pertama. Alahai Comelnya Kayden, Memang Copy Paste Muka Suami Madammu, TP. Jarang-Jarang Madammu Nak Kongsi Gambar Penuh Muka Kayden Macam Ni !!
Madammu antara usahawan yang terkenal di kalangan warganet. Ketika Madammu membuat proses IVF dalam usahanya mendapatkan zuriat, ramai yang mengikuti perkembangan Madammu ketika itu. Pada tanggal 9 Jun 2023 lahirlah cahayamata yang dinanti-nantikan oleh Madammu dan diberi nama Kayden.
Pejam celik, pejam celik, setahun sudah berlalu dan hari ini genap usia Kayden setahun. Selepas kelahiran Kayden, hanya sekali sahaja wajah Kayden ditunjukkan kepada umum dan selepas itu warganet hanya dapat melihat muka Kayden sipi-sipi sahaja. Sempena sambutan ulangtahun kelahiran Kayden yang pertama, Madammu menunjukkan wajah penuh Kayden kepada semua.
Menerusi akaun Instagram Madammu, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gambar majlis sambutan ulangtahun Kayden yang dilakukan semalam. Memilih untuk mengadakan majlis ini awal sehari, majlis ini berjalan dengan meriah dan penuh kegembiraan.
Ramai yang mengatakan yang wajah Kayden sangat mirip dengan wajah papanya yang dipanggil TP oleh orang sekeliling. Kayden berkulit putih seperti Madammu dan memiliki sepasang mata yang bulat dan badan yang chubby. Perkongsian madamu meraih pujian daripada ramai warganet.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Madammu ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comeyyyy nya Kayden.. okay madammu, semua ikut TP, putih je ikut mommy.. Sekejap jaa setahun, dok follow madammu dari first buang tiup ,ivf.. semoga kayden membesar dengan baik,jadi anak yg soleh.. ”
” Baru ja Rasa madamu bersalin.. dah setahun Si Kayden.. cepatnya masa.. Happy birthday ank soleh.. comel lah Kayden.. ”
” Wahhh TP tapau semua ehh muka Kayden. Hehe. Happy Birthday Kaydenn. Semoga jadi anak soleh, bijak pandai, diberkati dunia akhirat & makin hensem.. ”
” Okay done copypaste muka tp hehe.. mummy bawak dlm perut untuk 9 bulan je… hihihi happy birthday comelll.. ”
” Tu la mami masa mengandungkan kayden obses dgn dady.. Kang ikut dady sebiji.. Sabar2 besar sikit ikut muka mami pulak tu.. ”
” Happy birthday Ahmad Kayden.. Sekejap je dh setahun.. Hanya yg baik2 utk Ahmad Kayden.. Ok la mummy rambut tu ikut mummy.. ”
” Pipi berat tu sampai jatuh , comel sangat ahmad kayden.. Madammu dukung TP ke tu hehe.. ”
” Happy birthday Kayden. muka macam papa dia, sebijik.. cerdik macam mommy hehe.. love you Kayden.. ”
Akhirnya Madammu berkongsi juga wajah penuh Kayden yang comel itu. Ramai yang mengatakan wajah Kayden seperti muka TP. Apa-apa pun, selamat hari lahir Kayden dan semoga Kayden terus membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Madammu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S