Artis / Selebriti
” Kalau dah tak sayang, dah tak nak jaga, pulang balik pada mak bapak dia.. ” – Ibu Syasya
Video Ucapan Ibu Syasya Rizal Khas Untuk Suami Syasha, Nasrullah Yang Begitu Menyentuh Hati. Bergetar Suara Ibu Syasya Menahan Sebak. Ucapan Daripada Hati Seorang Ibu, Touching Sangat !!
Syasya Rizal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan April yang lalu dan memilih jejaka bernama Nasrullah sebagai teman hidup. Setelah lebih sebulan majlis akad nikah Syasya dan Nash berlangsung, semalam pasangan ini telah pun mengadakan majlis resepsi mereka.
Majlis resepsi Syasya dan Nash pada malam semalam berlangsung dengan gilang gemilang. Syasya bertuah kerana mendapat tajaan bernilai 5 juta daripada Habib Jewel. Persalinan, pelamin dab dekorasi majlis Syasya juga meraih perhatian dan pujian daripada warganet.
Menerusi akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan mak Syasya buat pasangan pengantin baru ini. Ucapan ini yang dilakukan secara spontan dan tanpa teks ucapan, kata-kata Ibu Syasya menyentuh hati warganet. Bersaksikan semua tetamu yang hadir pada malam itu, ibu Syasya menitipkan satu pesanan khas untuk Nash.

Sekiranya Nash sudah tidak lagi menyayangi Syasya, satu sahaja permintaan ibu Syasya supaya Nash memulangkan Syasya secara baik ke pangkuan keluarga. Namun ibu Syasya mengharapkan agar perkahwinan anaknya ini berkekalan sampai ke akhir usia.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak Rozie Othman (pelakon) mak syasya Abdullah ni.. Cantik mak pengantin.. aamin moga doa mak syasya termakbul.. ”
Sambil menyampaikan ucapannya ini, ibu Syasya kelihatan begitu sebak dan cuba mengawal emosinya. Hati ibu mana yang tidak sedih kerana anak perempuan kesayangannya kini sudah bergelar isteri orang. Tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa juga sudah diserahkan sepenuhnya kepada Nash untuk menjaga Syasya.

Ibu Syasya juga memohon doa semua agar Syasya kekal istiqamah dengan hijrah yang dilakukannya itu. Semoga Syasya diberikan kekuatan untuk menjadi muslimah sejati dan isteri yang mithali kepada suami tercinta. Selamat berbahagia Syasya dan Nash.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

