Artis / Selebriti
” Bagus Rayyan ni, style abah abah gitu. Dah pandai cakap banyak sekarang.. ” – Komen Netizen
Video Siti Nordiana Memberikan Duit Dan Menyuruh Anaknya, Rayyan Nakhaie Membelikan Hadiah Untuk Dirinya Buat Warganet Terhibur. Pandai Rayyan Pilih Hadiah Untuk Mama. Mama Pun Tak Sangka Rayyan Beli Benda Tu !!
Sejak hidup sebagai ibu tunggal sejak berbelas tahun yang dulu, Siti Nordiana menjaga anak tunggalnya Muhammad Rayyan Nakhaie dengan penuh kasih sayang. Rayyan adalah satu-satunya anak hasil perkahwinan Nana bersama pelakon, arwah Faizal Yusup.
Meninjau entry terbaru Nana di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nana memberikan wang kepada Rayyan dan menyuruh Rayyan memberikan hadiah untuknya. Kata Nana, hendak menunggu Rayyan memberikan hadiah entah bila. Nana mengambil inisiatif menyuruh Rayyan memilih hadiah yang sesuai dengan jumlah RM200.
Rayyan tidak membantah dan menuruti sahaja permintaan mamanya itu. Rayyan anak muda yang kini sudah 16 tahun usianya sememangnya anak yang baik dan selalu menyenangkan hati Nana. Tidak seperti dahulu, Rayyan kini sudah semakin banyak bercakap di hadapan kamera.

Antara banyak barang yang dijual di mall, Rayyan memilih 3 barang yang dirasakan sesuai dan disukai oleh mamanya itu. Untuk kelihatan lebih sempurna, ketiga-tiga barang itu dibungkus dengan rapi sebelum diserahkan kepada Nana. Apabila membuka hadiah daripada Rayyan itu, tergelak besar Nana dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
@sitinordiana84 Nak kena mintak hadiah ek baru bagi 🤭
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus rayyan ni style abah abah gtuuuu. manly.. ank lelaki gitulh. asal boleh jek. yg penting duit tu xde baki.. ”
” “Ni semua rm200 tau, duit mama dh hbs dh” haha.. cakap awal-awal mesti takut mintak baki hahha.. ”
” Dah makin iras atau sama cam Arwah Ayah dia Rayan ni.. Rayyan dah pandai ckp banyak skrg.. dulu malu2.. ”
” Rayyan sama muka macam arwah bapa dia kan.. al fatihah buat arwah faizal.. suka tengok cara rayyan cari barang untuk mama tu.. matang.. ”
” Rayyan sebuk cari barang pink-pink sbb mama suka pink… last2 sampul hadiah je yg pink.. ”
” Bagi bantal untuk dia peluk.. Rayyan, mama kamu tu kalau peluk kamu pun dia dah happy tau.. ”
” Kadang org pompuan ni blh jer bhgia kan wpn hnya dgn ank jer… sy suka Siti Nordiana.. hepi ngn ank laki dia.. ”
Bagus cara Nana ni, hendak menunggu Rayyan memberi secara sukarela tidak tahu bila. Menggunakan duit mama tetapi Rayyan yang belikan hadiah, itu sudah cukup membuatkan hati Nana gembira. Semoga Rayyan akan selalu menjaga mama dan menjadi pelindung mama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nordiana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

