Artis / Selebriti
” Kita pulak blushing tengok Nana dengan Ery ni. Cepat lah kahwin.. ” – Komen Netizen
Video Ery Azree Menghulurkan Handbag Untuk Siti Nordiana Pegang Ketika Turun Tangga Raih Perhatian Ramai. Wah Bagusnya Ery Ni, Tahu Jaga Batas Dengan Nana. Alahai Sweetnya !!
Wajah jejaka bernama Ery Azree bukan asing untuk peminat Siti Nordiana. Ery sudah bertahun-tahun bersahabat baik bersama Siti Nordiana dan setia menemani sahabatnya ini ke mana jua Siti Nordiana berada. Ery juga muncul dalam music video Siti Nordiana baru-baru ini sebagai pengantin lelaki.
Menerusi perkongsian terbaru Ery di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ery cuba membantu Siti Nordiana untuk menuruni anak tangga. Memandangkan Siti Nordiana memakai kasut yang agak tinggi tumitnya, Ery ‘ memimpin ‘ Siti Nordiana menuruni tangga agar tidak jatuh.
Bukan berpimpin tangan tetapi Ery mengambil inisiatif dengan memegang handbag Siti Nordiana dan meminta Siti Nordiana berpaut pada beg itu untuk turun. Siti Nordiana pula tidak berhenti ketawa dengan perbuatan oleh Ery itu. Bagus Ery dan Nana jaga batas walaupun bersahabat baik.

Ramai di kalangan warganet yang mengusik Siti Nordiana dan mengatakan Ery sesuai untuk Siti Nordiana. Wajah Ery yang seperti pelakon Korea membuatkan Ery kelihatan agak handsome. Jika mereka berdua ada jodoh, memang sepadan bagai pinang dibelah dua.
Jom tonton video di bawah :
@eryazree kita nk tlg dia.. dia pulak ketawa kan kita herrrm..🤔 #sitinordiana #sitinordianafc #fyp
Sehingga kini, lebih 22 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sebab tu kena nikah cepat-cepat.. tak payah susah-susah pakai beg hehe.. kita pulak blushing tengok Nana dengan Ery ni.. sweet sangat.. ”
” 30kli aku ulang video ni bru aku phm, rasanya kak nana gelak sbb dia igt mula abg ery tu nk bg handbag dkat dia, tp rupanya nk tlg papah x bsentuhan trun tangga.. mmg bff la.. ”
” Mader ehh kau tak leh rasa ke si fader nie suka kau dh lama.. aku penat laa asyik kena bagithu je hahahahahaha.. ”
” Sepadan ni, nampak Ery tu hormat dan sayang dekat Nana. Dah tunjukkan keikhlasan tu, jangan undur sampai halal okey.. ”
” Nikah la cepat, suka tengok both of you.. halal bag teringat cerita Mira Filzah dengan Ben Amir dulu.. ”
” Jangan kata mader je gelak, kami pun gelak pecah perut tgok idea dak ery ni.. Creative, innovative plus sweet.. ”
” Ery pandai jaga nana, so sweet berunga-bunga hati kita tengok.. Cepat lah kahwin.. Kak Nana blushing la tu hehe.. ”
Berbunga-bunga hati warganet melihat telatah Ery dan Siti Nordiana itu. Ery sememangnya lelaki yang gentleman dan selalu menjaga Siti Nordiana dengan baik. Andai ada jodoh, semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin dan membina keluarga bahagia bersama Nana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ery Azree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

