Artis / Selebriti
” Memang mengundang bapaknya pun. Berani ek Bangmel, haha.. ” – Komen Netizen

Video Jawapan Syamel Ketika Ditanya Mengenai Perangai Suka Merajuk Anaknya, Khawla Buat Ramai Terhibur. Amboi Berani Yer Bangmel Jawab Macam Tu Yer. Mahu Tidur Luar Syamel Malam Nanti, Haha !!
Syamel hadir ke konti Hot FM bagi mempromosikan lagu baru nyanyiannya berjudul Hamba Cinta. Pelbagai persoalan diajukan kepada Syamel baik mengenai karier seni mahu pun yang melibatkan kehidupan peribadinya. Antara yang ditanyakan adalah berkenaan anaknya, Nur Khawla Soleha.
Meninjau entry di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan sedutan video temubual tersebut. AG Azmeer bertanyakan kepada Syamel adakah perangai suka merajuk Khawla sudah berkurangan atau sebaliknya. Sebelum ini viral video Khawla merajuk dengan Syamel dan ianya mencuit hati ramai.
Jawapan Syamel untuk soalan AG ini juga membuatkan warganet terhibur. Kata Syamel, kehidupan seharian Khawla dikelilingi oleh ramai orang kerana Syamel juga meminta keluarganya duduk bersama untuk memastikan Khawla tidak merasai kesunyian.
Ramai orang dan banyak perangainya, Syamel menambah Khawla banyak melihat kepada perangai ibunya, Ernie Zakri. Tergelak semua yang berada di konti mendengar jawapan oleh Syamel itu. Tidak berselindung langsung Syamel, Khawla itu umpama Ernie kuasa dua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Memang mengundang bapaknya pun. No wonder kaum hawa dalam umah tu kuat merajuk.. Bang mellll mlm kang tido luarrr.. ”
” Macam nak kena tido luar je mel haha.. Hujung-hujung dia temb4k ibu khawla haha.. berani lain macam kali ni bangmel.. ”
” Risau nasib bang mel malam ni.. Mak khawla jugak yg kena.. Mcm tak link je jawapan awal dengan akhir tu.. ”
” Tak payah nak corner2 lah jawapan.. hujung2 ikut mak dia kan haha.. Padahal dia memang nak temb4k bini, satu keluarga terbabit sekali.. ”
” Hahahahahaha adoi bang mel.. plot twist hujung2.. Haha.. Point dia.. ikut ernie laaa mak dia, kuat ngajuk.. ”
” Erniezakri is watching ye bang mel haha.. berani ek syamel_official ckap Bini.. Selamber je dia petik.. good luck bang Mel.. ”
” Bawak pusing 1 rumah, last-last mak juga yang kena haha.. Balik rumah nanti siap lah kena azan tu kang haha.. ”
Lain macam betul jawapan Syamel kali ini, berani dan jujur. Ramai yang mengusik Syamel risau Syamel akan tidur di luar rumah dek kerana kata-katanya itu. Apa-apa pun, keletah Khawla sememangnya mencuit hati ramai. Semoga banyak lagi perkongsian mengenai Khawla selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG Syamel, IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku pula sebak dengar Ayden jerit panggil YB.. ” – Komen Netizen