Artis / Selebriti
” Kenapa lah Lala ni cute overdose sangat, suara tu sangat cute.. ” – Komen Netizen
Video temubual Meri Bulan Bintang bersama Syamel, Ernie Zakri dan anak mereka, Nur Khawla Soleha mencuit hati ramai. Part respon Lala mengenai marshmallow tu kelakar. Dah pecah peluh uncle Meri tu Lala, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan pakaian raya, Meri atau nama sebenarnya Azzim Zahid Azim, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama keluarga penyanyi terkenal, Syamel. Temubual tersebut turut menampilkan isterinya, Ernie Zakri serta anak mereka, Nur Khawla Soleha yang mencuri perhatian ramai.
Umum mengetahui, Syamel sekeluarga merupakan antara duta pakaian raya jenama Bulan Bintang bagi tahun ini. Menerusi video berkenaan, Meri berbual santai bersama mereka dengan mengupas pelbagai topik menarik berkaitan keluarga, kerjaya dan persiapan menyambut Aidilfitri.
Namun begitu, apa yang paling mencuit hati penonton adalah telatah Khawla sepanjang sesi temubual tersebut. Gelagatnya yang spontan dan bersahaja membuatkan ramai tidak kering gusi melihat keletah comel anak pasangan selebriti itu.

Kepetahan serta kelincahan Khawla ketika menjawab soalan turut membuatkan warganet berasa geram dengan kecomelannya. Malah, ada yang menyifatkan sifat manja Khawla saling tidak tumpah seperti ibunya, Ernie Zakri, yang terkenal dengan perwatakan lembut dan penyayang.
Tonton video di bawah ini :
@meripergibulat Tak pasal-pasal bukak kilang marshmallow 😭 #bulanbintang
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kenapa lah Lala ni cute overdose sangat, suara tu sangat cute.. Ank alpha mmg gini ke lala.. Ank auntie pon klu nk bg mood bg lagu je.. “
” Berani Bang Mel “I yang buat keputusan”, Kak Ninie, raya tahun ni macam raya yang ngam je untuk pakai “Baby Blue” yang dihindarkan tu HAHAAHAH revenge balik.. “
” Lalaaa eee kita geram lah dengar dia cakap. Mini Ernie betul si Khawla ni, sebiji sejibot mummy nya… Cute.. “
” Anak alpha mmg gini ke lala.. Anak auntie pon kalau nak bagi mood bagi lagu je, hehee.. Kejap dah besae budak comel ni.. “
” Kulit maghrib tu memang berdekah aku dengar.. Pasangan paling sempoi di abad ini.. Suka betul dengan dorang ni.. “
” Khawla, Khawla, awak ni duduk macam mana pun tetap comel.. Dah pecah peluh uncle Meri tu kena bagi marshmallow.. “
” Geram dengar suara Lala tu.. Comel, sedap didengar.. Nanti besar mesti cakap macam ibu dia.. Abang Mel, tak kan takut Kak Ninie, hahaa.. “
Perkongsian video ini sangat menghiburkan penonton dengan suasana keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang. Tidak hairanlah perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang terhibur melihat keletah comel Khawla sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok meripergibulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

