Artis / Selebriti
” Aku sangat-sangat tak sangka Si Haziq punya kawalan vocal sangat super, sedap lah dia menyanyi.. ” – Komen Netizen
Video Siti Nordiana berduet bersama Haziq Hussni menyanyikan lagu Erra Fazira, Yang Terindah Hanyalah Sementara raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Haziq, ngam sangat dengan suara Nana. Padu lah..
Bagi yang gemar mengikuti akaun Instagram milik radio Era, pasti mengetahui yang stesen radio tersebut sering memuatnaik video duet nyanyian melibatkan penyanyi atau selebriti jemputan. Setiap perkongsian yang dimuatnaik biasanya mendapat perhatian ramai terutamanya di kalangan peminat muzik tempatan.
Terbaharu, radio Era telah berkongsi sebuah video nyanyian yang memaparkan penyanyi popular, Siti Nordiana. Perkongsian tersebut sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet yang tidak melepaskan peluang untuk menonton video berkenaan.
Menerusi video itu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana tidak menyanyi bersendirian, sebaliknya berduet bersama penyampai radio Era, Haziq Hussni. Gandingan mereka menyampaikan lagu bertajuk Yang Terindah Hanyalah Sementara iaitu lagu nyanyian asal oleh penyanyi terkenal, Erra Fazira.

Nyanyian duet Nana dan Haziq itu nyata mendapat pujian daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan vokal Haziq yang disifatkan sebagai merdu dan berbakat, selain keserasian suara mereka berdua yang kedengaran seimbang serta sedap didengari.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan ramai yangg menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Seyesly aku sangat2 TAK SANGKA si haziq punya kawalan vocal sgt superb ya.. Tak sngka haziq leh menyanyi dengan baik weh.. Tahniah Haziq.. Keep it up.. “
” Pernah jumpa siti nordiana masa 2015 masa dia datang kampus.terserempak masa dia nk g toilet. Ya Allah mmg cantik sgt dgn lembutnya dgn senyumnya.langsung tak sombong.. “
” Sedap pulak dengar vokal dua2 ni bergabung.. Tidak dapat dinafikan memang sedap nyanyian gabungan Nana dan Haziq ni…. Terbaikkk.. “
” Lagu yang paling susah nak bawak, especially dr bridge ke chorus tu.. Power lah gabungan suara dorang ni, suka dengar.. “
” Memang indah lgi asyik merdunya suara…Terbaikkk Siti Nordiana… Haziq pun suara power lah, sedap betul suara dia.. “
” Ok lock haziq next partner duet nana. Hehee.. Lagu yg byk kenangan.. Next Mader lagu hindustan dengan haziq mesti sedap.. “
” Matchinggg…. Macam dgn arwah achik. Ada harmoni. N kena lagu tinggi mcm ni. Suara power tinggi. Siti nordiana ni kalau lagu org mmg makanan die, win.. “
Perkongsian video ini berjaya mencuri hati pendengar yang menonton. Tidak kurang juga yang berharap agar Nana dan Haziq dapat kembali berduet pada masa akan datang kerana gandingan mereka dianggap berjaya meninggalkan kesan yang tersendiri.

Silakan SHARE..
Sumber :IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

