Artis / Selebriti
” Sumpah la sedapnya suara Haziq Hussni. Bakat terpendam ni.. ” – Komen Netizen
Video penyampai Radio Era, Haziq Hussni dan Nadeera Zaini menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita, nyanyian asal Nadeera sendiri raih pujian ramai. Wah, ramai yang tak sangka suara Haziq sedap macam ni. Ada yang kata macam suara Nassir Wahab..
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai radio Era, Haziq Hussni berduet bersama penyanyi yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai, Nadeera. Bekas juara Big Stage ini menyanyikan lagu hitsnya berjudul Bukan Lagi Kita bersama Haziq.
Menerusi perkongsian video itu, dapat didengar vokal yang padu tidak hanya daripada Nadeera selaku penyanyi asal lagu ini tetapi juga Haziq yang mempunyai tone suara yang sedap didengar. Baik dari low note sehingga ke high note, Haziq dapat membawakan lagu Nadeera ini dengan sempurna.
Ramai yang berpuas hati mendengar kelunakan suara Haziq dan pujian diberikan kepada Haziq. Jika selalunya warganet mendengar Haziq berceloteh di corong radio dan sebagai pengacara di pentas, sesekali Haziq ‘payung’ suaranya memang membuatkan ramai yang teruja.

Gandingan duet Nadeeda dan Haziq ni kelihatan enjoy sahaja sepanjang mereka menyanyi bersama. Untuk makluman semua juga, lagu ini bakal Nadeera pertandingkan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 39 tidak lama lagi. Lagu yang sedap didengar, sesuai pula dengan vokalnya, pastinya ramai yang tidak sabar menantikan persembahan Nadeera di pentas final AJL 39.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haziq ni penyanyi ke? Suara sedap lah.. Haziq dah boleh keluarkn single.. so nice suara tu.. tak sangka suara Haziq sesedap ni.. “
” Suara Haziq sedapnya.. Da boleh buat single baru kan haziq_hussni? Tak cukuplah 1 single je yg ada. suka betul suara Nadeera.. ngam dengan suara Haziq.. “
” Weh sedap Haziq Hussni.. sumpah la sedap suara Haziq, bakat terpendam ni. bila nk buat next single bang heheh.. “
” Haziq Hussni suara memang best.. bestnya duet Haziq dan Nadeera, harmoni je.. suara Nadeera tarik lembut je.. bakat yang kena ketengahkan lagi ni.. “
” Confuse .. haziq nii Dj ke penyanyii.. bestnya suara dia… haziq boleh jadi penyanyi pulak lah.. low note high note semua dia pau.. “
” Weh Sedap gila suara Haziq Hussni.. Baru tahu Haziq ni penyanyi.. Ada suara satu,suara dua,bagus ye diorg.. “
” Sedap suara haziq.. ade iras2 suara arwah nassir wahab.. Serius sedap, suka suka suka.. Haziq ni klu polish blh pegi jauh ni.. g vocal class haziq,blh shine ni.. “
Ramai yang menyukai kelunakan suara Haziq. Mungkin selepas ini, boleh lah Haziq keluarkan 1 single baru untuk memeriahkan lagi arena seni suara negara. Apa-apa pun, paduan suara yang bagus dan begitu mengasyikkan daripada Haziq dan Nadeera. Semoga Nadeera boleh kejayaan di pentas final AJL 39 nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

