Artis / Selebriti
” Professional betul, tak stop performance langsung even bila Nadeera masuk.. ” – Komen Netizen

Video Nadeera membuat kejutan ketika seorang kanak-kanak India yang viral, adik Raxitha sedang menyanyikan lagunya raih perhatian ramai. Wah sedapnya suara Raxitha menyanyi dengan Nadeera, powerlah dua-dua..
Aura Nadeera dengan lagu berhantunya Bukan Lagi Kita mencipta fenomenanya tersendiri. Tidak hanya golongan dewasa tetapi kanak-kanak juga menyukai lagu Nadeera itu. Mungkin juga ianya impak kerana ianya menjadi OST drama Curang Tanpa Niat membuatkan lagu itu seakan-akan selalu kedengaran di telinga.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak berbangsa India yang tular di media sosial beberapa hari yang lepas. Kanak-kanak ini bernama Raxitha dan videonya menyanyi lagu Nadeera mendapat pujian ramai.
Adik Raxitha dijemput ke rancangan MeleToP dan di luar pengetahun Raxitha, Nadeera juga hadir ke MeleToP sebagai kejutan untuknya. Nabil yang bertindak sebagai host MeleToP meminta Raxitha memperdengarkan suaranya untuk penonton di studio dan di rumah.
Raxitha kanak-kanak yang berani dan tanpa gusar dia terus menyanyikan lagu tersebut. Reaksi Raxitha ketika melihat Nadeera masuk juga agak comel. Sekali pun terkejut melihat Nadeera, nyanyiannya tetap diteruskan. Bagus Raxitha sudah seperti seorang penyanyi profesional.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku jeke rasa nadeera ni ada vibes yang semuaaa orang senang dengan diaaa.. fly high nadeera.. “
” Dah la cute . Berani pulak tu , ok je nak nyanyi depan orang ramai.. Adek yg india pn nyanyi sedap.. unty kalau menyanyi mcm bersajak bersyair.. “
” Professional betul, tak stop performance langsung even bila nadeera masuk.. wow adik nk lawan kakak nadera ke? bagus sgt adik raxitha.. “
” I’m indian everyear I watched AJL. And honestly speaking this song melekat kat telinga i. And added to my playlist already. Love you Nadeera. Long way to gooooo girl.. “
” Relek je depan penyanyi sebenar.. penganti Jac ni.. Comel ni bila besar nt.. bakal ganti jaclyn victor.. “
” Nadeera sngt positive vibes.. Ak tgok ni ak senyum2 pulak.. Selalu kalau nampak original Singer datang ~ terkejuk stop jap.. tapi Adik ni teruskan jugak nyanyi ~ arhh i minat sangat laguni teruskan nyanyi lah.. “
” Bertuah laa adik Raxita ,djemput ke studio. Dpt pulsk duet live dpan pnonton ,dng penyanyi nye Nadeera. Moga adik Raxitha brjaya dng apa pun bidang yg diceburi.. “
Kejutan paling special untuk adik Raxitha dan ia akan menjadi kenangan terindah yang akan dikenang sampai bila-bila. Lebih seronok kerana dapat menyanyi bersama Nadeera. Tidak mustahil suatu hari nanti adik Raxitha akan menjadi bintang yang bersinar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen