Artis / Selebriti
” Suara Nadeera ni sedap, sebutir-butir nyanyian even high note. Ernie pula sentiasa power bila menyanyi.. ” – Netizen
Video Nadeera Zaini Berduet Bersama Ernie Zakri Di Voice Of The Heart Concert Raih Pujian Warganet. Wow Gandingan Yang Mantap, Power Lah Suara Masing-Masing !!
Meninjau ke akaun TikTok pemilik akaun bernama amirin.rsmn telah dikongsikan video yang memaparkan Ernie Zakri bersama Nadeera Zaini berduet bersama. Menerusi video itu, Ernie dan Nadeera menyanyikan lagu Cinta, nyanyian asal oleh Marsha Milan dan lagu Ernie bertajuk Korban.
Gandingan mantap nyanyian mereka ini mendapat pujian warganet. Ada yang mengatakan suara Nadeera menyanyi begitu jelas sebutannya dan berpontensi cemerlang dalam bidang seni suara. Begitu juga Ernie, seperti biasa, nyanyian Ernie tidak pernah mengecewakan.
Selain itu, menerusi akaun Instagram Hot FM turut berkongsi video nyanyian Ernie membawa lagu Satu Cinta. Perkongsian video ini menarik perhatian para peminat Ernie dan mereka memuji cara Ernie membawa lagu tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video-video itu mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok dan Instagram. Sedap sungguh paduan suara Ernie serta Nadeera, mana tahu nanti ada rezeki boleh berduet membawa lagu baru mereka sendiri.
Tonton video di bawah ini :
@amirin.rsmn Voice Of The Heart Concert. Cinta X Korban #Nadeera #NadeeraZaini #TheNadees @Nadeera #Ernie #ErnieZakri #Ernienators @erniezakriez #Korban #Cinta #VoiceOfTheHeartConcert #zeppkl #Fyp #fypシ
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka dan menyukai nyanyian Nadeera dan Ernie. Antara komen-komen warganet adalah :
” Suara Nadeera ni sedap. Sebutir-butir nyanyian even high note.. Macam Aina Abdul. Ernie pula sentiasa power bila menyanyi.. “
” NZ ke ni.. Suka tgok dia look mcm ni .. Sweet sgt, suara dia menusuk sgt.. Ernie power .. Lagu dia ke ehh … Best laguuu ni.. “
” Lagu mcmni rasanya ssuai Ernie bawa utk ajl akan dtg.. Merdu sgtt dan menjiwai.. Dont be sad Ernie, insyaallah satu hari nanti Ernie akan bergelar juara.. “
” Nampak tenang je dorang berduet.. Mana tahu nanti dua-dua bekerjasama dalam satu album dan bertanding.. Nadeera yoo need Mega Hits Song.. “
” Lawa Kak Nnie pakai mcm ni.. Shawl mcm tu pun lawa.. Ni lagi sorang angelic vocie, Nadeera. Kemon book tempat dalam AJL.. “
” Antara penyanyi wanita Malaysia yang berkualiti, love sangat dengar mereka nyanyi.. Dua-dua padu ter0k ar nyanyi.. “
” Sedap juga suara Nadeera ni.. Harap tahun depan emas masuk AJL.. Suara berat, padu, chest voice.. Tahniah Nadeera dan Ernie memang mantap.. “
Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, suara Ernie dan Nadeera memang sedap didengar. Meskipun Ernie tidak mendapat sebarang kemenangan di Anugerah Juara Lagu, Ernie tetap menang di mata para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya. Apa-apa pun, semoga Ernie mahupun Nadeera terus maju jaya dalam bidang seni suara.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amirin.rsmn, hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



