Artis / Selebriti
” Jiwa and soul nyanyi sampai ke hati. Sebak tengok Fattah bawa lagu ni.. ” – Komen Netizen
Video throwback Fattah Amin menyanyikan lagu Opick yang bertajuk Rapuh menyentuh hati warganet. Lirik lagu memang dah sedih. Bila Fattah menyanyi, lagi bertambah-tambah rasa sedih. Serius sedap suara Fattah menyanyi lagu ni..
Sejak Fattah Amin kembali berstatus single, namanya semakin menjadi sebutan dan rebutan ramai. Rezeki Fattah semakin melimpah ruah dan banyak tawaran yang diberikan kepada pelantun lagu Wanita Terakhir ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fattah Amin998, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Fattah menyampaikan lagu dendangan asal penyanyi negara jiran Indonesia, Opick berjudul Rapuh. Lagu ketuhanan ini bernada perlahan, sesuai dengan suara Fattah.
Menerusi video perkongsian ini, Fattah menyampaikan lagu ini dengan penuh penjiwaan sehingga menyebabkan emosi pendengar turut terbuai dengan rasa hiba. Lirik lagi ini sememangnya penuh makna dan sekiranya dihayati bait-bait liriknya pasti akan menitik air mata.

Suara Fattah yang merdu meraih pujian daripada ramai warganet. Walaupun menyanyi secara live, Fattah dapat membawakan lagu ini dengan baik. Ada juga di kalangan warganet yang sebak mendengar Fattah menyanyikan lagu ini. Lagu yang menyuntik rasa keinsafan di hati.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin998 Opick- Rapuh cover by Fattah Amin #fattahamin #opick #rapuh #fyp #fypage #fyppp #coversong #fattahaminfans #song #lagu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sebaknya dengar speech Fattah. terima kasih for sharing. Reminder for us all too. Best plk fattah nyanyi lagu ni…ngam ngan suara dia.. “
” Sangat multitalented dan boleh menyanyi dgn baik fattah ni. Biar betul fattah pernah maksud nasyid. Sedapnya suara fattah amin.. “
” He is in full package. Alhamdulillah segala puji bg Allah Tuhan Maha Pencipta.. sedih weeii. kena dgn keadaannya.. “
” Allah ade bersama hambaNya yg beriman.. Redha adalah kunci sgalanya… Semoga fattah berjaya dunia dn akhirat.. “
” Hebat Fattah. semoga Fattah sentiasa dlm lindungan Allah.. Sesuatu yg terjadi tu yakinlah pasti ada hikmahnya. Allah nak berikan yg lebih baik.. “
” Soft tone… jiwa and soul nyanyi sampai ke hati. Fattah suara dah ok bile selalu nyanyi. Nak lebih mantap masuk kelas vokal.. nanti duet dgn haqiem rusli.. “
” Allah sebak tengok Fattah bawa lagu nii .. napee aku pulak menangis.. bila menyanyi dengan hati, very touching can felt it.. “

Mendayu-dayu dan nyanyian dari hati Fattah ini menusuk ke hati pendengar. Walaupun ini adalah video lama, namun sampai sekarang masih didengari ramai. Apa-apa pun, semoga Fattah terus berjaya dunia akhirat dan melimpah ruah selalu rezekinya dalam mencari nafkah untuk keluarga.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattahamin998, Youtube Channel Budiey Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen

