Artis / Selebriti
” Eee kering sangat, laki peluk rasa tulang.. ” – Komen Netizen
Terima komen negatif daripada netizen yang menegur badannya terlalu kurus, video respon Faezah Elai raih perhatian ramai. Ambik nak, padu betul Faezah bagi. Kan dah mendapat, sibuk sangat dengan badan orang..
Pelakon Faezah Elai sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tampil mempertahankan dirinya apabila ada individu meninggalkan komen mengenai bentuk badannya yang dikatakan terlalu kurus. Segalanya bermula apabila seorang netizen meninggalkan komen berbunyi, ‘ Eee kering sangat, laki peluk rasa tulang.’
Tidak berdiam diri, Faezah membalas komen tersebut dengan nada sinis tetapi santai. Kenyataan spontan pelakon itu pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang menyokong tindakannya mempertahankan diri daripada kecaman melibatkan bentuk badan.
Dalam masa sama, Faezah turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengajak orang lain untuk menjadi kurus sepertinya, sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dirinya sendiri. Walaupun menerima komen negatif, Faezah dilihat tenang dan tetap yakin dengan dirinya selain memilih untuk menjawab secara terbuka kritikan yang diterima.

Menurut Faezah lagi, dia juga tidak memahami mengapa masih ada individu yang terlalu sibuk mempertikaikan penampilan orang lain sedangkan perkara tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka. Ia adalah hak peribadi masing-masing dan tidak perlu dijadikan bahan kecaman di media sosial.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan respon yang diberikan oleh Faezah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Garang ngattt. Biaq pi depa kalut. I tetap suka kat u.. Puas hati dengar Amboi mami…mata terjegey besaq nooo kalau marah… Hidup mami.. “
” Hahahaha kurus bukan kering pon, bagi ideal ja. Tapi kak segak nah MashaAllah, Sibuk ekhhh kita yg kurus dia yg panassss.. “
” Hahahhahahaa “aku bukan suruh hampa kuruih, hampa mentakedarah sudah la” sokong .. sy selalu kena perli kurus.. tp sy sabar je wlupun dlm ht terasa.. tp kdg2 sy jawab jugak .. “
” Adoiiiii yg ckp pun. Tapi dia,Sy pun pernah kena ayat dia mcm ni “kurus mcm papan laki tengok tk bernafsu”. Pala otak la..(ckp dlm ht aku ). “
” Ahhahahahahqhqh , aku sokong nah. Kaluttt la. Dah laki kami suka slim kuruih nak buat lagu mana, dia siap warning jangan gemok acaner kuruih2 pun pelukkk tak mau mau aishh.. “
” Mcm tolng wakil kn saya je ,mmg ada je yg suka shaming2 ni abis klu yg gebu gebas tu sempurna sgt la cehhhh halus2 kita pun ank 5 .. “
” Sumpah hampa lawoooo teruk faezahelai depa yg tak boleh kurus tu yg dengki ngan hampa kata tak lawooo… Saya suka kurus sebab senang nak tutup aurat… “
Isu body shaming melibatkan selebriti bukan perkara baharu dan sering menjadi perdebatan di media sosial. Ramai berpendapat setiap individu berhak selesa dengan penampilan diri tanpa perlu berdepan komen yang menyentuh fizikal mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Faezahelai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa

