Artis / Selebriti
” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq buat prank call dan menyamar sebagai Danial ketika bercakap dengan mamanya, Cikgu Shariffah Mahani sempena Hari Guru buat ramai terhibur. Hujung-hujung baru lah Mama YB sedar tengah bercakap dengan YB Saddiq. Bella pun gelak dengar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ibu kepada YB Syed Saddiq iaitu Puan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz menjadi tetamu jemputan dalam segmen 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad, Radin, Pak Azad dan juga Bella Astillah. Kehadiran beliau mencuri perhatian ramai apabila suasana studio bertukar meriah dengan pelbagai cerita menarik yang dikongsikan.
Menerusi video tersebut, YB Syed Saddiq telah membuat satu prank call khas buat mamanya sempena sambutan Hari Guru. Ketika awal panggilan itu, YB Saddiq menyamar sebagai salah seorang bekas pelajar di sekolah tempat Puan Shariffah mengajar yang bernama Danial. YB Saddiq juga turut berkongsi mengenai layanan baik dan sikap mesra mamanya terhadap para pelajar sehingga ramai yang selesa memanggilnya dengan gelaran “Ummi”.
Namun begitu, telatah lucu YB Syed Saddiq akhirnya mula dihidu oleh Puan Shariffah sendiri. Di penghujung perbualan baru Puan Shariffah menyedari bahawa suara individu yang menelefonnya itu sebenarnya adalah suara anaknya sendiri.

Apa yang lebih menyentuh hati, YB Syed Saddiq turut mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan istimewa buat mamanya sempena Hari Guru. Kata-kata penghargaan yang diluahkan itu membuatkan ramai tersentuh melihat hubungan rapat dan penuh kasih sayang antara ibu dan anak tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cikgu sharifah tak kenal ke suara anak cikgu tu.. Kami seimbas lalu dh kenal dah.. Comel betul dua beranak ni.. “
” Yb dah sehabis baik ubah intonasi suara… First tu ok lgi… Tapi lama lama bercakap dah kluar bahasa baku, haha.. “
” Dari awal lagi dah dapat detect itu suara Yb.. Aduhhh YB awal2 dh kantoii.. Level up diri tahun ni , hahaa.. “
” YB tak reti la menyamar… Tak pernah jadipun.. Mengekek aku gelak dengar cara YB cakap.. Tak pandai menipu ni.. “
” Dari gaya cakap awal2 tu pun tahu tu YB , ini lagikan ibu sendiri haha.. Mak mana la yg tak kenal anaknya kan.. “
” Alhamdulillah seronok tgk keluarga YB yg sangat2 penyayang antara satu sama lain. Dgn didikan ugama yg baik. Semuga perangai mcm ni terus menebal di seluruh keturunan mereka.. “
” Haaa kuat jeles nihh.. Pesanan utk yayang tu yang tak boleh tahan dengar, haahahhaha.. Yb2, awak memang kelakar lah.. “
Selain itu, warganet juga terhibur dengan cubaan YB Syed Saddiq untuk menyamar. Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka sudah dapat mengenali suara Ahli Parlimen itu sejak awal lagi kerana YB Syed Saddiq dikatakan “tidak pandai berlakon”. Walaupun begitu, ramai mengakui momen tersebut sangat manis dan mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri

