Artis / Selebriti
” Baby tu Aidilfitri, bukan Aidilbateri.. ” – Bell Ngasri
Video adik Bell Ngasri, Baby Ngasri menyanyi lagu mengenai bateri buat ramai terhibur. Aildilbateri pun boleh lah Baby. Abang Bell pulak kuat menyakat. Berdekah dibuatnya, hehe..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelakon versatil, Bell Ngasri pasti mengetahi yang Bell sering berkongsi video menyakat adik istimewanya, Baby Ngasri. Gelagat dua beradik ini sememangnya sentiasa mencuit hati dan membuatkan ramai yang tidak kering gusi setiap kali menonton perkongsian mereka.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bell memuatnaik video memaparkan Baby yang sedang tekun mewarna satu lukisan. Menerusi video tersebut, Bell sempat bertanya kepada Baby tentang apakah sebenarnya yang sedang dilukiskannya itu. Baby kelihatan fokus sambil menjawab soalan abangnya dengan penuh yakin.
Menurut Baby, lukisan tersebut adalah sebuah telefon bimbit. Jawapan itu sudah cukup membuatkan Bell tersenyum. Namun, Bell kemudian menyakat dengan bertanya mengapa terdapat seperti ‘air bateri’ yang mengalir di bahagian tepi telefon tersebut sehingga mencetuskan suasana yang lebih lucu.

Tidak cukup dengan itu, Bell turut meminta Baby menyanyikan lagu bertajuk “air bateri”. Tanpa berlengah, Baby terus menyanyi mengikut caranya sendiri. Telatah spontan itu nyata mengundang tawa dan membuatkan sesi rakaman tersebut bertambah menghiburkan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur menonto video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aidilfitri jadi Aidilbateri. Kau memang power lah baby, haha.. Baby tak pernah mengecewakan, ada sahaja dia buat kelakar.. “
” Aidil bateri pun blh baby, hahahaha hentam sajalah.. Abg esk jgn lupa puasa eh, jgn plk mkn cokicoki mcm gini ye .. “
” Lawak lah baby ni, memang kita dengar dia nyanyi pun terbahak2 ketawa.. Selamat berpuasa baby dan abang bell.. “
” Lagu baru ke tu dik, hahahaha.. Comel abg bell dan baby ni.. Saya suka sangat tengok video baby, mencuit hati.. “
” Perlu laa headband tak buang tanda harga, hahahha klu tudung bawal tak buang tag tu slalu. Cute lah baby.. “
” Pandainya dia menyanyi, terus menyanyi ok, lirik salah pun sedap seronok je dengar, hehee comel anak syurga ni, masyallah.. “
” Kemas si Baby Nii.. Rambut cantik.. Bergaya dan pandai melukis.. Mantap baby semua ada lagu, pandai cipta lagu.. “
Kemesaraan Bell dan Baby jelas memperlihatkan hubungan penuh kasih sayang antara abang dan adik. Ramai yang memuji dan suka melihat layanan baik Bell terhadap Baby. Tidak dinafikan, setiap kali mereka muncul dengan video sebegini, pasti berjaya menceriakan hari-hari yang menonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellngasriofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

