Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
Video kehadiran bekas suami Rozita Che Wan di majlis perkahwinan anak sulung mereka, Ammar Effendy Azuar Effendy curi perhatian ramai. Wah handsome ayah kandung Ammar. Rupa-rupanya Ammar copy past ayah dia lah. Ibu tiri Ammar pun cantik sangat orangnya..
Anak sulung kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta iaitu Ammar Effendy Azuar Effendy kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Auni Ikhwan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung semalam.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik Che Ta, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan suasana indah sepanjang majlis akad nikah anak sulungnya itu. Video tersebut memperlihatkan detik-detik penuh bermakna ketika Ammar melafazkan akad nikah di hadapan keluarga dan tetamu yang hadir.
Namun begitu, apa yang paling menjadi perbualan warganet ialah kehadiran bekas suami Che Ta, Azuar Effendy Zulkaply yang merupakan ayah kandung Ammar hadir memeriahkan majlis bersejarah tersebut. Selain Azuar, isterinya juga dilihat turut hadir bersama.

Menerusi video yang dikongsikan, Azuar turut dilihat berada di sisi Ammar sepanjang proses akad nikah berlangsung. Perkongsian itu telah meraih pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang mengakui bahawa itulah kali pertama mereka melihat wajah bekas suami Che Ta, memandangkan beliau jarang tampil di media sosial atau menjadi perhatian umum.
Tonton video di bawah ini :
@rozitachewan1 alhamdulillah syukur … di atas nikmat yg Allah bagi dapat melihat anak sulung kami di ijab kabulkan mlm ni … #cheta #AA26626
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. Cepat masa berlalu, tahniah Ammar dan isteri.. Semoga bahagia hingga ke syurga.. “
” Tahniah Cikta dan keluarga urusan dipermudahkan. syukur alhamdulillah dapat menantu sama cantik sama padan semoga berkekalan sampai kejannah. Insyaallah aamiin.. “
” 1st time nampak ex che Ta dgn wife.. Handsone n cantik.. Tahniah Che Ta, dah dapat menantu.. Cantik sangat menantu Che Ta.. Alhamdulillah.. “
” Alhamdulilah ak plk yg sebak dlu Che Ta angkut anknya kck2 berlakon skrg da bsr da kwin mga bhgia hgga ke Jannah.. “
Bapa kandung Ammar kan sebelah kanan tu kan.. Weh pertama kali tengok.. Ammar ikut muka ayah dia, sebiji weh. Dua-dua kacak.. Tahniah Ammar.. “
” Muka wife nya macam Ana Rafali . Cantik nyaaa masyaAllah.. Ya Allah , semoga kalian kekal bahagia hingga hujung nyawa.. Tahniah buat pengantin.. “
” Cepatnya masa berlalu weh… Dapat menantu dah Che Ta. Kalau ecah plak yang kahwin, kita semua dah tua.. Sebak tengok video ini.. “
Selain itu, ramai juga yang berpendapat wajah Ammar saling tidak tumpah seperti bapanya, sehingga ada yang menyifatkan mereka ibarat ‘photostat’ antara satu sama lain. Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah dan doa buat pasangan pengantin baharu agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

