Connect with us

Artis / Selebriti

” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen

Video Datuk Yusry menangis ketika mendengar voice note daripada Datin Lisa Surihani buat warganet tersentuh hati. Sebaknya dengar doa Lisa untuk Yusry, touching sangat.. 

Drama fenomena Dendam Seorang Mentua lakonan hebat Datuk Yusry Abd Halim, Tracie Sinidol, Hariz Hamdan dan Chacha Maembong antara yang menjadi sebutan ramai. Setelah sekian lama Datuk Yusry tidak berlakon, drama ini pengubat rindu untuk semua peminatnya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bambam Studio, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datuk Yusry hadir ke konti Era untuk mempromosikan drama ini. Di luar pengetahuan Datuk Yusry, team Era telah pun merancang satu kejutan untuknya.

Ianya berupa voice note daripada Datin Lisa khas untuk suami tercinta. Reaksi Datuk Yusry ketika mendengar ucapan daripada Datin Lisa membuatkan warganet tersentuh. Tutur kata Datin Lisa yang teratur dan penuh kelembutan itu membuatkan Datuk Yusry menangis. Untuk info, Datin Lisa kini sedang berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.

Datin Lisa turut mengucapkan tahniah atas kejayaan drama ini dan menyifatkan Datuk Yusry melakukan yang terbaik untuk drama tersebut. Ketika diajukan mengenai doa Datin Lisa untuk Datuk Yusry, semakin laju air mata Datuk Yusry mengalir.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Datuk yang handsome pun nangis, apatah lagi kita.. MasyaAllah ini bukan dato Yusry jer yg nangis seluruh rakyat Malaysia turut sama2 mengalir airmata terharu.. all the best suami isteri yg amat di kagumi dan di hormati.. amin.. “

” Touched & teared up. Masha Allah.. bila seorg isteri ditemukan dgn seorg suami yg benar² sygkan dia. Bila dgr suara pun dia terharu.. wlpun just voice note.. “

” Nampak betul suami sayangkan isteri. Wpun isteri jauh di mata dengar suara pun boleh jadi sebak. Si isteri pula sangat sygkan suami juga hantar boice note pengubat voice. Semoga bahagia sampai syurga Datuk Datin.. “

” Lisa ni manja tapi tak mengada, teratur,jelas tutur kata, hormat suami sgt. Siapa je tak sayang. Kita pun rs sayang dia inikan suami dia. Nangis tu normal..x nangis dgr ucapan isteri tersayang mcm ni yg x normal ..may Allah SWT always bless both of u.. “

” Auwww… awat aku pun menanggis juga dgr ucapan lisa dan tgk dato yusry nangis.. Alhamdulillah… ni lah di katakan isteri soleha yang tau mensyukuri walau apa keadaan sekali pun. Masha Allah terbaik lah lisasurihani semoga bekekalan hingga ke jannah & di dalam golongan keluarga sakinah mawaddah & warahhmah….amiinn3x ya Allah.. “

” Alhamdulilah..masyaAllah doa isteri yg sedang membuat ibadah haji untuk suami tercinta.. istilah sebenar rezeki Allah dari doa seorang isteri.. “

” Masya Allahdoa seorang isteri. Aku yang nangis kenapa ni.. Diorg ini saja nak buat datuk Yusri menangis. MasyaAllah Subhanallah rasa tenang je dengar suara Lisa. Patut pun Yusry nangis. Kita pun rindu. Both , they are meant together. Lisa manja, tapi Yusry pun pandai manja dgn Lisa. Awwhh sebak lak.. “

Doa seorang isteri yang tulus dan ikhlas untuk kejayaan suaminya cukup bermakna dan menyentuh hati orang ramai. Semoga Datuk Yusry dan Datin Lisa kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan dimakbulkan segala doa yang Datin Lisa pohonkan di sana untuk semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bambam Studio, IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak