Artis / Selebriti
” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
Video Datin Hajjah Lisa Surihani berkongsi cerita mengenai antara doa yang dia tidak pernah henti dipanjatkan olehnya kepada Allah buat ramai tersentuh. Akhirnya Allah perkenankan doa Lisa..
Meninjau di akaun Instagram milik hibglam, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama pelakon terkenal, Datin Hajjah Lisa Surihani. Menerusi temu bual tersebut, Datin Lisa berkongsi mengenai antara doa yang tidak pernah putus dipanjatkan olehnya kepada Allah sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Datin Lisa, antara doa yang sentiasa dipohon olehnya adalah untuk menunaikan ibadah haji pada usia 40 tahun bersama suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim. Impian tersebut merupakan harapan yang cukup besar buat dirinya dan sentiasa menjadi antara doa yang diulang-ulang setiap kali bermunajat.
Tambah Datin Lisa lagi, dia mula memohon doa tersebut sejak tahun 2022. Tidak menyangka doanya akhirnya dimakbulkan, Lisa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan peluang untuk menjadi tetamu Allah pada usia yang diimpikannya.

Walau bagaimanapun, perjalanan yang dirancang bersama suami tidak menjadi kenyataan apabila dia terpaksa berangkat tanpa ditemani Datuk Yusry. Namun begitu, Lisa menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka dan percaya setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Datin Lisa tersebut. Antara komen menarik adalah :
” Betul… Redha. Allah maha mengetahui.. Alhamdulillah.. Berseri-seri wajah Hajah Datin Lisa Surihani.. “
Akui Lisa, perasaan sedih itu tetap hadir kerana pada awalnya dia berharap dapat berkongsi pengalaman berharga tersebut bersama insan tercinta. Lebih-lebih lagi, ibadah haji merupakan perjalanan yang sangat bermakna dan menjadi impian ramai umat Islam.

Meskipun perlu menunaikan ibadah tersebut seorang diri, Datin Lisa tetap bersyukur dan reda dengan aturan Allah SWT. Sikap positif serta kepercayaannya terhadap setiap ketentuan Ilahi menyentuh hati warganet. Hingga kini, video temubual bersama Datin Lisa tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hibglam.com.my, lisasurihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

