Artis / Selebriti
” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
Video Ezwan Zain menyakat Erra Fazira mengenai kisah cintanya dahulu buat ramai terhibur. Alamak, boleh pula yer Ezwan menggamit memori Erra. Ziana Zain pun berdekah gelak dengar Ezwan cakap macam tu, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain, pasti mengetahui pasangan ini kini aktif mengendalikan sebuah podcast bernama KasiOnz Channel. Podcast tersebut sering menampilkan pelbagai tetamu jemputan istimewa dan perkongsian mereka berjaya mencuri perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik KasiOnz Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kemunculan penyanyi terkenal Ziana Zain sebagai tetamu jemputan untuk episod pada minggu ini. Kehadiran Ziana mengubat rindu peminat apabila pelbagai cerita lama dan kenangan manis dikongsikan sepanjang sesi podcast berlangsung.
Menerusi video tersebut, Erra turut berkongsi memori ketika dia dan Ziana pernah bersama-sama berkunjung ke Cameron Highlands suatu ketika dahulu. Menurut Erra, apa yang paling diingatinya mengenai Ziana adalah sikap penyayang penyanyi itu terhadap keluarga. Erra membeli teh untuk ibu bapa serta adik-beradiknya kerana mengetahui mereka gemar menikmati minuman tersebut.

Namun begitu, suasana bertukar lebih mencuit hati apabila Ezwan secara spontan menyakat isterinya. Seloroh Ezwan, ketika Ziana sibuk membeli teh untuk keluarga, Erra pula dikatakan sibuk bercinta pada waktu itu. Kata-kata bersahaja Ezwan itu membuatkan suasana podcast bertambah gamat dengan gelak tawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kan dah kena.. Pandai Mr E ehhhh laju jer kenakan wife.. Next episod Awie please.. Terus 1.1 MV, hahahhaa.. “
” Soulmate.. Bergurau macam tu tak rasa apa.. Jadi lawak pulak.. Sebab dia tahu sekarang cinta hanya utk dia.. “
” Aku kelako laa tgk MR.E, hahahahaha kalau bab ngusik Kak Erra.. Aduiii hihihi.. Sekali aku pun penat gelak.. “
” Hahahaha.. Selamber je mrE kenakan Erra, hahaha macam kawan-kawan je.. Its ok, janji dorang bahagia.. “
” Filem hingga hujung nama Erra Yusry belakon kat Cameron.. Tapi rasanya ni macam zaman Erra cinta dengan Awie.. “
” Ambik ko, setepek sis, hahahahaha.. Hahaha adoi lawak betul lah Ezwan ni.. Spontan pula tu dia menyakat Erra.. “
” Ziana pun auto ketawa dengan pasangan ni.. Makin best lah kasionz ni.. Meriah suasana dengar masing-masing kuat menyakat.. “
Mendengar usikan suaminya, Erra dilihat tersipu malu sambil ketawa manja. Manakala Ziana pula tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi sahabatnya itu. Perkongsian video tersebut turut mencuri perhatian warganet yang terhibur melihat chemistry dan telatah spontan mereka bertiga sepanjang podcast berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasionzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

