Connect with us

Artis / Selebriti

” Ya Allah, first time ya orang review suami. Aku yang risau dengar review ni.. ” – Komen Netizen

Video review paling rare oleh Vicha Barbie mengenai suaminya buat ramai terhibur. Berani betul Vicha membahan suami dia depan-depan. Reaksi suami bila dengar Vicha mengata dia pun kelakar, haha..

Personaliti hiburan dan pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha Barbie telah mencuri perhatian ramai apabila memuatnaik sebuah video santai yang dianggap antara “review paling rare” pernah dibuatnya. Kali ini mengenai suaminya sendiri selepas 11 tahun bersama.

Menerusi video tersebut, Vicha tampil bersahaja sambil mengusik suaminya secara terbuka di depan kamera. Dengan gaya berseloroh dan penuh spontan, dia membuat “review pemakaian” suaminya selepas lebih sedekad hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Apa yang mencuit hati netizen bukan sahaja cara Vicha bercakap tanpa tapis, malah reaksi suaminya yang dilihat cukup tenang dan sporting melayan setiap usikan isterinya itu. Suaminya mendengar sahaja apa yang diceritakan tentangnya kepada umum.

Walaupun ayat yang digunakan sekadar gurauan, ramai netizen terhibur melihat chemistry pasangan itu yang nampak sangat natural dan bahagia. Ada juga yang memuji sikap suami Vicha kerana tidak cepat melatah walaupun menjadi bahan jenaka isterinya sendiri di depan ramai.

Jom tonton video di bawah :

@vichabarbie

REVIEW suami setelah pemakaian 11 tahun 😝

♬ original sound – vicha_barbie

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi lucu daripada peminat. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :

” Ya Allah first time ya org review suami. Aku yang risau dengar review ni . part pekak tu samaaa semua suami! haaahahh! abang terrorist reviewwww istri muuuu! hahhah.. “

” Saya suka liat vt KK ini suami nya keliatan adem banget dan mau aja di suru istrinya kerja sama buat vt bahagia sellau ya KK aamiin yra.. “

” Wow review sangat jujur. X ada buka bag kuning ka Vicha? Suka tgk kak vicha skrg .. makin bahgia selalu kak .. aminnnn.. “

” Endingnya di luar ekspektasi.. Keras kepala sekeras apa tadi???? Makin lama makin confius dgn review ni .. Ada lagi aje…Nyebut kata gue mah.. “

” Fokus ke muka laki nya haha.. boleh pulak main review² mcm ni.. Kepala kalau gak keras nanti otaknya jadi gak aman bisa berceceran.. “

” Next suaminya yang review istrinya.. Balik Malaysia je..byk org rindu bakso kamu tu.. suami nya lagi lucu2 nya umur segitu.. “

” Tak sangka ye dah 11 tahun…vicha bertambah cantik.. you makin cantik la sekarang.  lama tidak tengok you di pentas lawak.. “

Video seperti ini membuatkan ramai terhibur kerana ia memaparkan sisi rumahtangga yang santai dan tidak terlalu serius. Namun di sebalik usikan tersebut, jelas kelihatan hubungan mereka dibina atas rasa selesa dan saling memahami.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Vicha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak