Artis / Selebriti
” Adore sungguh suara Merrah ni, Awie 2.0 sangat.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak Dato’ Awie, Ahmad Merrah di Malam Patriot mendendangkan lagu Sejati raih pujian warganet. Wah makin mantap tone suara Merrah. Ramai yang tak puas dengar, lunak merdu, dah macam Awie sangat..
Anak lelaki raja rock negara, Dato’ Awie iaitu Putra Ahmad Merrah antara yang semakin meningkat naik namanya. Merrah seorang yang humble dan pemurah dengan senyuman. Merrah dikurniakan suara yang lunak merdu sama seperti suara Dato’ Awie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ahmad Merrah, telah dikongsikan satu video terbaru Merrah yang memaparkan Merrah membuat persembahan di Malam Patriot pada 1 Februari yang lepas. Ketika di majlis itu, Merrah menyanyikan lagu popular Dato’ Awie berjudul Sejati.
Vokal Merrah mendapat pujian daripada warganet. Lontaran suaranya juga dipuji jelas dan Merrah berjaya membawakan lagu ini dengan cukup baik. Ramai menyamakan suara Merrah dengan suara Dato’ Awie ketika muda dulu. Memetik komen warganet, walaupun Merrah bersuara seperti Awie, namun Merrah ada gayanya tersendiri.

Persembahan oleh Merrah itu meraih sambutan yang hangat daripada tetamu di situ. Mereka turut menyanyi bersama-sama Merrah untuk memeriahkan lagi suasana. Merrah sememangnya pewaris dan penyambung legasi Dato’ Awie dalam dunia seni tanahair.
Jom tonton video di bawah :
@ahmadmerrahh Malam Patriot🫶🏻
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Merah bagi aku ini character dia lah… ada part-part macam ayahnya.. awie dan merah berbeza.. tapi feel still sampai.. “
” Dato Awie dah boleh relax skit.. Merah fly.. dluw minat Dato’ Awie , skang Dato’ Awie hantar waris dia , dua ii minat.. “
” Lemak suara tu mmg sama mcm Dato awie masa muda. Dato awie yg skrng suara dia berjuta lagu dia dah nyanyi dah makin lunak seiring usia.. “
” Awie : maaf hari ni saya tak dapat datang, anak saya ganti.. Xyah kelas vocal dh… dia dilahirkn mmg wakil ayah dia akan dtg hehe.. awieeeeee.. “
” Senang kerja ddy dia skg ni, duk diam, merah byk tangkap kaut bt konsert.. untung lh muka cip dgn ddy skli suara.. “
” Merah ni nampak humble.. tahniah awie dpt didik ank sebaik ni.. suara merrah best je.. memang lah tak kan lari dari suara ayah dia. tapi dia gaya dia sendiri.. merrah is merrah.. tak yah nak banding dengan bapak dia.. “
” Adore sungguh suara Merrah ni, Awie 2.0 sangat.. awie is awie, merrah is merrah tp kena tumpah kuah kalau tak ke nasi. sebiji masa awie muda taniah merah penganti awie satu hari nanti.. “
Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suara Merrah dikatakan sama dengan suara Awie, namun Merrah ada gaya dan tarikannya tersendiri. Seperti komen warganet, Merrah adalah Merrah dan tidak perlu membandingkan Merrah dan ayahnya itu. Semoga Merrah terus berjaya dalam dunia seni dan menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahmadmerrah, IG Dato’ Awie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

