Artis / Selebriti
” Cerdiknya, cebik macam faham je orang bercakap.. ” – Komen Netizen
Video mimik muka anak Shuib Sepahtu dan Watie, Akira Juwita mencebik bibir ketika tidur buat ramai geram. Alahai, mimik muka tu comel sangat. Sesekali Akira cebik pula, macam faham je apa yang mummy cakap..
Gelagat comel anak kepada Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah iaitu Akira Juwita Zahra sekali lagi mencuri perhatian warga maya. Menerusi video terbaru yang dikongsikan di media sosial, Akira dilihat sedang nyenyak tidur dengan wajah yang tenang.
Namun, apa yang membuatkan ramai geram adalah reaksinya setiap kali namanya dipanggil. Walaupun masih lena dibuai mimpi, si kecil itu dilihat beberapa kali mencebik bibir dan memberikan reaksi spontan seolah-olah mendengar suara yang memanggil namanya.
Gelagat tersebut menghiburkan ramai, malah ada yang menyifatkan Akira sebagai bayi yang sangat peka terhadap persekitaran walaupun sedang tidur. Shuib memuatnaik video ini kerana rindukan Akira dan sebagai pengubat rasa rindunya.

Untuk info, Akira Juwita Zahra merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan Shuib dan Watie yang dilahirkan pada 6 April 2026. Nama tersebut dipilih oleh Watie dan Thalita kerana mahu diselaraskan dengan nama kakaknya, Dzakira Thalita Zahra.
Jom tonton video di bawah :
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak dapat menahan rasa geram melihat wajah comel Akira. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Comelnya Akira.. Cerdik nya.. cebik macam faham je org bercakap, Geram dgn pipi pau dia tuuu… Dah ni dady lah ni.. “
” Tembam pipi Tu geram tgk. Ala pandai sebut daddy je cebek. Baby Akira Juwita Zahra comel . tu celik ke tido.. Apa yg dia sedihkan tu.. “
” Iras sikit Aayas. Comeeyyyy akira pipi powww . Eii geram ya dgn Akira nii pipi tu gebuuuunyaaa.. Ha lah ha lah lagi cebek lagi omei dia.. “
” Mesti sedap bau Akira asham2 eee geram.. Cemek Cemal Muka iya. pipi tu berapa rm sekilo ye. Umur 4 bulan nanti tak tegak lagi rambutnya tu.. “
” Pipi tu meminta dicubit, Comel nye anak mummy, Mashaallah tabarakallah. Haha..! Tgh mimpi2 tuu.. geram tengok.. “
” MasyaAllah comel2 bambam, Masya Allah..kurniaan Allah yang sangat comel. Halahhh pipi tu melayut..kunyah kang.. “
” MasyaaAllahh Tabarakallah.. Macam faham je dia.. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah swt hendaknya.. Aaamiin.. “
Walaupun hanya memaparkan momen ringkas ketika tidur, gelagat Akira yang sesekali mencebik apabila namanya dipanggil berjaya mencairkan hati ramai. Tidak hairanlah setiap perkembangan si kecil ini sentiasa dinantikan peminat yang teruja melihatnya membesar dalam limpahan kasih sayang keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

