Artis / Selebriti
” Geram betul tengok Tiara ni, sebiji macam bapak dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Achey, Tiara Zinnirah menari ketika mempromosikan pakaian raya Jakel buat ramai terhibur. Amboi, semangat betul Tiara berjoget. Memang terpelanting jauh ayah dan mama dia, hehe..
Sesiapa yang mengikuti perkembangan keluarga Achey Bocey pasti mengenali si comel Nur Tiara Zinnirah. Walaupun masih kecil, Tiara sudah menunjukkan keyakinan diri yang luar biasa. Gelagat Tiara yang random sering mencuit hati ramai.
Menerusi akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan Achey dan isteri serta Tiara menari bersama dalam mempromosikan baju raya keluaran Jakel. Apa yang menghiburkan ialah gaya Tiara menari sangatlah bersemangat dan comel.
Tiara menari tanpa rasa malu, tanpa kisah apa orang fikir. Semangat macam ni bukan senang nak lihat pada kanak-kanak seusianya. Mungkin Tiara juga berminat dengan bidang seni seperti ayahnya. Selain itu, Tiara juga mempunyai sifat humor.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kalau dari kecil lagi Tiara sudah bersemangat seperti ini, apabila besar nanti mungkin lagi ‘meletup’ bakat yang ada pada dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Comel la family ni. semangat tiara geram tgok, kakak pakai kasut sape kakak.. prngai mmng copy paste ayah nye.. Comelll sangatttttt.. “
” Jakel ada jual online ke ek baju baju yang tiara pakai ni? Dah lebih 3 x acik ulang tengok ni haaaa..ko memang lain la anak bertuah lahaii.. “
” Bukan tiara la Kalau x lawak.. Betul anak awak la bang sebijik betul perangai.. Tiara ni memang suka buat benda kelakar.. “
” Yg warna biru tu dah beli, comey Tiara & mama Tiara cantik.. Tiara!!!! Okay terhibur laaahaiii anak ni Mmg lawak lh tiara ni…comel jek.. “
” Hahahha ,,menghibur,,btl2 menikmati msa budak2 tiara, Suka tgk tiara nie dunia die betol2 mcm zmn2 dlu …happy syg nati besar awk rindu memori mse kecil.. “
” Weiii tiara ni..geram aku tengok dia ni. alahai berkali2 la acik tgok omeyyyy sngt. Part last tuh double triple maniss dia punye senyum.. “
” Ketepi ketepi ketepi.. tiara.zinnirah nak lalu..ambasador terpaling imut utk jakeltextile …. yang lain tolong kebelakang erkkk…menari pun dah bole lawan erk dgn kak lina kepom si kaloi tuuu.. “
Memang terbukti Tiara mewarisi perangai kelakar bapanya. Dalam kebanyakan video Tiara yang dikongsikan di media sosial ada sahaja perkara kelakar yang dibuatnya. Memang tak kering gusi kalau melihat gelagat Tiara yang tak pernah serius ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

