Artis / Selebriti
” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
Video Tok Batin berkongsi menu yang dimakan oleh Jaslinda setelah dibawa ke rumahnya buat ramai tersentuh. Ingatkan Jaslinda makan mi segera je, rupa-rupanya banyak lagi yang dia makan. Kesiannya Jaslinda, mesti lapar sangat masa tu..
Meninjau di akaun Instagram milik sinarharian, telah dikongsikan video yang memaparkan, Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah berkongsi detik pertemuannya dengan pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang selepas wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada hari Sabtu yang lalu.
Jaslinda dibawa ke kampung berkenaan sejurus selepas ditemui bagi mendapatkan bantuan serta berehat sebelum menerima rawatan lanjut. Menurut Tok Batin, keadaan Jaslinda ketika itu dilihat sangat keletihan dan kelaparan selepas melalui pengalaman getir selama beberapa hari di kawasan hutan.
Namun begitu, wanita berkenaan masih mampu berkomunikasi dengan baik dan menunjukkan reaksi positif apabila diberikan makanan dan minuman oleh penduduk kampung. Kata Tok Batin, menu pertama yang dinikmati Jaslinda adalah kopi panas. Difahamkan, Jaslinda telah menghabiskan tiga cawan kopi sebelum mula menjamah makanan lain yang disediakan.

Selepas itu, Jaslinda makan dua paket mi segera sebelum meneruskan makan nasi bersama beberapa jenis lauk yang disediakan khas untuknya. Antara hidangan yang dinikmati termasuk lauk ayam, ikan tengas dan sambal petai yang dimasak oleh penduduk kampung sebagai tanda prihatin selepas Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama, warganet turut memberikan kata ucapan terima kasih kepada Tok Batin dan penduduk Orang Asli yang membantu Jaslinda. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah.. SubhanAllah tima kasih ke semua org baik.. Moga Allah saja dpt membalas segala kebaikan.. “
” Tok Batin pon cakap elok j ye. Kita pon boleh faham. Terima kasih penduduk kg orang asli sudi membantu Jaslinda.. “
” Ya Allah. Baik2 nya orang asli. Malaysia tanah air ku. Semoga lebih ramai orang baik2.. Tersentuh saya dengar apa yang diceritakan oleh Tok Batin.. “
” Alhamdulillah… Terima kasih orang baik yg iklas menolong. Moga Allah sajalah membalas jasa baik tok batin dan sahabat² diperkampungan orang asli. Awak semua terbaik.. “
” Org asli ni hati mereka mmg baik..Ilkhlas mereka bukan dibuat buat.. Syukur Jaslinda selamat, dan semoga dia sihat selepas ini.. “
” Nampak tak, penduduk kampung , tolong masak masak, walaupun sorang, tapi layan raikan tetamu dengan adab .. “
” Sedapnya lauk, dengar pun dah tahu memang menyelerakan.. Syukur, terima kasih orang baik.. Alhamdulillah Jaslinda selamat.. “
Perkongsian Tok Batin mengenai menu yang dinikmati Jaslinda itu mengundang perhatian ramai yang meluahkan rasa syukur kerana wanita berkenaan berjaya ditemukan selepas dilaporkan hilangselama 15 hari selain memuji sikap penduduk Orang Asli yang tampil membantu dan memberikan layanan terbaik kepada Jaslinda ketika dia memerlukan pertolongan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinarharian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan lah malu saya, saya malu lah.. ” – Ammar Ahyan

