Artis / Selebriti
” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
Video Tok Batin dedah apa yang diceritakan oleh Jaslinda ketika berada di hutan buat ramai meremang. Seramnya part Jaslinda nampak pintu gerbang dan 3 lorong tu. Respon Tok Batin lagi bertambah seram..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan temubuat bersama penduduk Orang Asli yang berjaya menemukan pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di kawasan hutan.
Menerusi video pertama, Encik Nazri dan Tok Batin berkongsi pengalaman serta detik-detik cemas ketika menemukan Jaslinda. Menurut Encik Nazri, keadaan Jaslinda ketika itu sangat lemah dan tidak bermaya akibat terlalu lama berada di dalam kawasan hutan.
Dalam pada itu, Tok Batin turut menceritakan bahawa sebaik sahaja Jaslinda ditemui, beliau mengarahkan beberapa anak buahnya untuk membawa wanita itu ke rumahnya bagi mendapatkan bantuan awal. Menyedari keadaan Jaslinda yang kelaparan, Tok Batin bersama isterinya menyediakan air kopi serta dua paket mi segera untuk mengisi perut wanita tersebut.

Tambah Tok Batin lagi, keadaan Jaslinda ketika itu masih keliru dan tidak mampu bercakap dengan lancar. Malah, wanita itu seolah-olah tidak pasti sama ada rumah yang didiaminya ketika itu benar-benar sebuah rumah atau berada di alam yang lain.
Tonton video- video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” 3 lorong Tu dah jln Penghuni Bukit Tu, nasib baik dia belok Kan Tu mungkin ngam.. Seram juga jalan cerita ni.. “
” Ya Allah baguskan. Cakapnya sangat tersusun. Tok Batin pun tidak merakamkan segala pertemuan apa lagi hendak buat Live dan sebagainya.. “
” Terima kasih Tok Batin, abang2 dan orang kampung yang banyak menolong, membantu Jaslinda, hanya Allah sahaja yang membalas jaya baik korang.. “
” Alhamdulilah, syukur semua selamat. Mungkin faktor tidak makan begitu lama, wallahualam.. Semua berlaku ada hikmahnya. Allah nk angkat darjat org Asli. Semoga dlm lindungan Allah selalu. .”
” Terbaik tok batin. Terima kasih tok. Jasamu dan sahabat lain akan sentiasa dikenang. Semoga baik akan dibalas baik.. ”
” Dah mula berhalusinasi sama ada di dunia nyata @ alam lain.. Alhamdulillah Allah lindungi Puan Jaslinda.. “
” Alhamdulillah suku orang asli ni byk bagi manfaat kepada alam hutan kita. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. “
Apa yang lebih menarik perhatian, Jaslinda turut berkongsi pengalamannya kepada Tok Batin dengan mendakwa dia pernah terlihat sebuah pintu gerbang yang mempunyai tiga lorong ketika berada di dalam hutan. Bagaimanapun, Tok Batin menjelaskan bahawa sepanjang pengetahuannya mengenai kawasan hutan tersebut, tidak pernah wujud sebarang pintu gerbang seperti yang digambarkan oleh Jaslinda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

