Viral
” Saya tak tahu dia sakit. Saya ingat dia penat, penat yang melampau.. ” – Jaslinda
Video pendaki wanita, Jaslinda Saludin tidak dapat menahan sebak bercerita kejadian sebenar ketika sesat di hutan yang ramai tak tahu buat warganet tersentuh. Ini sebenarnya yang berlaku, sebaknya dengar cerita Kak Jas..
Nama Jaslinda Saludin viral di media sosial baru-baru ini dek kerana kehilangannya di Gunung Batu Putih ketika mengikuti satu pendakian. 14 hari hilang di hutan tebal, akhirnya Jaslinda ditemui selamat oleh seorang orang asli dan ianya menjadi detik menggembirakan untuk seluruh keluarga Jaslinda.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sinar_my, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Jaslinda hadir ke konti Sinar FM sebagai tetamu jemputan. Banyak yang diceritakan oleh Jaslinda bermula dirinya hilang sehingga dirinya ditemui.
Di sebalik senyuman Jaslinda, pelbagai dugaan ditempuhinya sepanjang berada di hutan. Jaslinda tidur dalam plastik sampah hitam, tiada makanan dan minuman, ditambah pula handphone sudah kehabisan bateri, itu antara cabaran yang ditempuhi oleh wanita ini.

Jaslinda turut menegaskan, dia tidak disorok oleh bunian sebagaimana yang diwar-warkan di media sosial. Selain itu, Jaslinda juga menzahirkan rasa syukurnya kerana sepanjang 14 hari di hutan, dia dilindungi Allah daripada binatang buas dan bahaya yang tidak dijangka.
Jom tonton video di bawah :
@sinar_my Ada yang cakap Kak Jas cedera sebelum nak mendaki, tapi Kak Jas cakap tu bukan cerita yang sebenar. Kak Jas sebenarnya cedera ketika mendaki, kakinya tersepit di celah batu dan jatuh ke sungai. 😭#SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
@sinar_my Ada yang kata Kak Jas pentingkan diri sendiri sebab tak tunggu ahli kumpulan lain? Ni jawapan dari Kak Jas sendiri tentang apa sebenarnya yang berlaku.Untuk mereka kat luar sana tu, jangan pandai-pandai buat spekulasi yer. #SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
@sinar_my Kak Jas cerita masa mula-mula sesat tu, dia hanya makan makanan yang dibawa dalam bag seperti asam buah kana, ada nasi lemak tapi dah mula basi. Kak Kas juga cerita dia jumpa water point ketika dia jatuh dalam gaung. 😭 #SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
@sinar_my Ada yang tanya takkan Kak Jas tak tunggu langsung team SAR? Kak Jas bagitau dia nampak je helikopter SAR semua, dia siap panjat pokok dan jerit tolong tapi jeritan Kak Jas tidak didengari. 😭 #SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
@sinar_my Kak Jas cerita alhamdulillah selama dia sesat dalam hutan, tak pernah lagi dia nampak binatang buas. Tapi adalah jumpa tapak kaki harimau dengan kesan cakaran. Untuk tidur pula, Kak Jas gunakan plastik sampah untuk dijadikan alas ketika tidur. 😭 #SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
@sinar_my Bergelut di dalam kegelapan malam, dan bertahan hidup tanpa makanan dan minumam selama dua minggu, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa sahaja. Namun, aturan-Nya sungguh luar biasa. “Saya tak minta saya sesat, saya rasa beruntung Allah pilih saya lalui ujian ni,”—Kak Jas.😭 #SinarKongsi #GenSinarPagi #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Ni la kan orang kata kalau hilang dalam hutan, stay satu tempat je. Tapi bila kak jas dengar orang panggil, dia sahut dan tunggu. Tunggu punya tunggu, takde yang datang pun.. “
” “Allah Ta’ala ni tak bagi apa yg Kita nak,Allah bagi apa yg Kita perlu” suka dengar ayat kak jas ni. ketakwaan dia pada Allah tinggi.. “
” Masya Allah.. jatuh ke??survive giler…kdang pikir dgr suara2 cm dekat kut..tp rupenyer jauh ye..cume sy mikirkan cmne rase dok sowng dlm hutan tu mlm2 ye..memg owng terpilih lah sis ni.. “
” Allahu berat ujian kak jas time tu.. Alhamdulilah, Allah Maha Kuasa n kakak memang kuat.. “
” Alhamdulillah dpt dgr tdi msa live dari mula sampai hbs. Sedihhh dooh. Kuasa Allah..yang mentakdirkan apa yg berlaku.. qadarullah semuanya apabila Allah berkehendak.. “
” Salah satu sebab kehilangan kak jas adalah ujian untuk kita semua bersangka baik dan jaga lisan dgn manusia, kita tak duduk tempat dia tp allah jaga setiap langkah dia.. “
” Allah betul betul lindung Kak Jas, Alhamdulillah.. byk nya ilmu pengetahuan yg dikongsi utk survive.. masyaAllah.. Allah bagi peluang ke 2.. “
Dugaan dan cabaran bersilih ganti, namun Kak Jas tetap kuat semangat untuk mencari jalan keluar demi keluarga. Semoga semua yang dikongsikan oleh Kak Jas boleh dijadikan pengajaran dan pedoman untuk semua pendaki. Allah pilih Kak Jas kerana tahu Kak Jas boleh melalui semuanya dengan tenang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

