Artis / Selebriti
” Di sini lah tempat lokasi kita nampak Puan Jaslinda. Badan dia memang lemah lah.. ” – Penduduk Orang Asli
Video dua penduduk Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Nazri dan Bah Roslan menunjukkan lokasi Jaslinda Saludin ditemui dan keadaannya pada ketika itu. Keadaan jambatan berlubang-lubang, selamat tak jatuh..
Kisah kehilangan dan penemuan pendai wanita yang hilang, Jaslinda Saludin yang berusia 49 tahun masih hangat diperkatakan sehingga sekarang. Ramai wargamaya yang tidak sabar untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada Jaslinda selama 15 hari sesat di dalam hutan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram milik Sinar Harian, telah dikongsikan video dua orang penduduk Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Nazri Bah Eng dan Bah Roslan Bah Sulpok yang secara kebetulan menemui Jaslinda pada jam 5.10 petang semalam.
Nazri dan Bah Roslan menunjukkan lokasi sebenar tempat mereka menemui susuk tubuh Jaslinda yang dalam keadaan yang lemah dan menangis meminta pertolongan daripada mereka. Menurut mereka, mereka tidak menyangka dapat bertemu dengan Jaslina ketika keluar memancing di kawasan berkenaan.

Seterusnya Nazri dan Bah Roslan memintak bantuan daripada orang kampung dan membawa Jaslinda ke rumah Tok Batin untuk diberikan makanan dan minuman kerana Jaslinda berada dalam keadaan yang lemah. Mereka turut meluahkan rasa gembira dapat membantu Jaslinda.
Tonton video di bawah :
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki ini dan penduduk Orang Asli kerana membantu Jaslinda. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Kebetulan bukan kita cari, walaupun bgitu terima kasih kerana membantu.. Bagusnya tutur katanya. Terima kasihhh kerana membantu.. “
” Terima kasih, semoga Pakcik n kawan2 selalu dimurahkan rezeki ya amin.. buah2 dlm hutan senang dpt.. manis2 belaka amin.. “
” Allah gerakkan Pakcik n kwannya gi memancing ptg tu.. Cantik sungainya. Mujur smpi kmpung.. Alhamdulillah. Terima kasih org2 baik..
” Yes betul, kira bagus jugak akak ni dia pandai cari jalan keluar ikut arus air sungai..Kerana sy pernah terbaca kalau kita sesat kat dlm hutan, petua yg mudah cari sungai.. “
“Dari situ selain berkemungkinan jumpa dgn org, akan ada jalan keluar jugak.. Itu apa yg pernah ada org kasi petua la.. “
” Alhamdulillah.. kerjasama terbaik semua pihak. Hopefully ada pihak yg boleh bantu baiki jambatang gantung tu.. aamin.. “
” Terima kasih, prihatin menyelamatkan Puan Jas.. 10 tahun experience tak sia2.. Sebab dlm hutan yang tebal dia boleh cari sumber air.. “

Terima kasih kepada Nazri dan Bah Roslan serta penduduk Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu ayng banyak membantu Jaslinda yang ditemui di kampung mereka. Sama-sama kita mendoakan Jaslinda yang kini sedang dirawat di hospital akan cepat sihat seperti sediakala.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen

