Artis / Selebriti
” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar menyanyikan lagu Jamilah dan Lamun Terhenti di atas pentas raih pujian warganet. Wah tak sangka suara abang Jamil sedap macam ni. Part tarik tu memang padu, memang feel habis.
Meninjau di akaun TikTok milik pengguna bernama desirehendersonlove, telah dikongsikan dua video yang memaparkan pelakon terkenal, Que Haidar sedang menyanyi. Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial, terutamanya peminat setia Que yang sentiasa mengikuti perkembangannya.
Menerusi video pertama, Que dilihat menyampaikan lagu bertajuk Jamilah, sebuah lagu yang pernah mencetuskan fenomena dan menjadi siulan ramai sebelum ini. Dengan gaya yang santai dan bersahaja, Que berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.
Manakala dalam video kedua pula, Que menyanyikan lagu Lamun Terhenti. Walaupun tidak membuat persembahan secara formal, nyanyiannya kedengaran begitu kemas dan menyenangkan telinga yang mendengar. Ramai yang berpendapat bahawa Que mempunyai tona suara yang unik selain mampu mengawal emosi dalam setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan.

Perkongsian kedua-dua video berkenaan dengan pantas meraih perhatian warganet dan mendapat pelbagai reaksi positif di ruangan komen. Ada yang meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Que yang bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah turut mempunyai bakat dalam nyanyian.
Tonton video di bawah ini :
@desirehendersonlove Celebrand Exclusive Que Haidar in Singapore Expo 🇸🇬 Layann😍😍🫰🫰🫰
♬ original sound – DesireLiyanaHenderson🩷💙 – DesireLiyanaHenderson🩷💙
@desirehendersonlove Lamunan Terhenti , last song from Que Haidar😍🫰🫰👍👍👍😍
♬ original sound – DesireLiyanaHenderson🩷💙 – DesireLiyanaHenderson🩷💙
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sdp suara Que… Klau masuk betul2 kelas vokal…Bboleh jadi penyanyi hebat ni.. Orang seni mng berbakat serba boleh. Segak kemas selalu mng sepadan dgn Fazura Kn.. “
” Best song. Enjoyed guyss. Saya pun peminat que, paling kelakar dia berlakon pertandingan kumpulan rock tu, tak ingat tajuk cerita.. “
” Kalau ni manager Ratu meriah lagi.. Aura dia kuat Que penghibur terbaik.. Kalau lakonan jgn cakap lah tiptop.. “
” Tak sangka Q boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri… Yg tak ada kat penyanyi lain… Mantap.. “
” First time dgr emy mat piah nyanyi real,sedap rupanya suara dia. Dulu silap sb telan telur mentah sepapan, alhamdulillah dh sihat skg sedap rupanya suara dia.. “
” Hati Que tengah berbunga dgn fav tu..nt boleh bikin lagu duet dgn faz ya.. Suka lah tgk pasangan tengah mabuk cinta ni, semoga cpt berjodoh.. “
” Suka dgr lagu2 jiwang karat ni , suara que pun blh tahan, sblm ni pernah nyanyi lagu dlm citer rock Oo ,, lagu teratai .. Sedap suara nya.. “
Selain itu, ada yang berpendapat bahawa Que mempunyai potensi untuk tampil dengan lebih banyak kandungan berbentuk nyanyian di media sosial dan bersetuju bahawa Que sememangnya seorang anak seni serba boleh yang mempunyai pelbagai kelebihan dalam bidang hiburan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok desirehendersonlove
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen

