Artis / Selebriti
” Terus jadi segmen we listen we pot pet, pot pet. Trend failed, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Dato’ A. Aida ketika anaknya, Azeva pecah rahsia pernah pecahkan barangnya ketika bermain game We Listen We Don’t Judge buat ramai terhibur. Terkejut Dato’ A. Aida dengar, membebel tak berhenti. Ingatkan kucing yang pecahkan, mahal tu, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Azeva Natassha bersama ibunya, Dato’ A. Aida bermain game trend popular “Trend Check, We Listen & We Don’t Judge”. Gelagat dua beranak ini mencuri perhatian ramai kerana masing-masing tampil dengan pengakuan yang cukup menghiburkan.
Menerusi video tersebut, Azeva terlebih dahulu memulakan permainan. Namun, apa yang mencuit hati ramai apabila Azeva kelihatan sangat gementar dan beberapa kali mengulang ayat “We Listen, We Don’t Judge” kepada ibunya seolah-olah sedang cuba mendapatkan ‘jaminan keselamatan’ sebelum membuat pengakuan sebenar.
Tidak lama kemudian, Azeva akhirnya tampil jujur mengaku bahawa dialah individu sebenar yang telah memecahkan bohemian crystal milik Dato’ A.Aida. Pengakuan itu membuatkan suasana bertukar kecoh kerana sebelum ini, Dato’ A. Aida menyangka barangan berharga tersebut dipecahkan oleh kucing peliharaannya.

Mendengar pengakuan anaknya itu, Dato’ A. Aida terus memberikan reaksi terkejut dan tidak percaya. Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati sambil tidak henti-henti membebel kepada Azeva. Namun begitu, gelagat spontan dan reaksi bersahaja mereka berdua membuatkan video tersebut menjadi lebih lucu dan menghiburkan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terus jadi segmen we listen we pot pet, pot pet. Trend failed, haha.. Aku dah agak.. Takde makna nya Dato A. aida nak diam.. “
” Baru yg pertama listen dh mnyirap panjang.. Kesian kucing tu kena fitnah, haahaha.. Berdekah aku gelak dengar.. “
” Nakal ya Azeva kerja mu rupanya yg pecahkan.. Loky yg di tuduh.. Hahahahahaaha terus tak jadi trend dah ni.. “
” Natural Datuk A Aida ni. die punya bebel tu mmg tkesan mak ngn ank. Mnyirap nak oii. Ingtkan binatang yg buat upenye manusia.. “
” Kalau dah namanya Mak, mmg kena judge.. Mcm mna boleh pecah, haha ingt nk hbis situ je rupanyaaaa.. “
” Dia siap baca Bismillah dulu.. Aku sempat turn momnager, bertubi tubi dia bg.. Hahahaha nasib kau lah Azeva.. “
” Tak pasal-pasal kena bebel hahaa habislah mama tuntut suruh ganti.. Locky juga lah jadi mangsa keadaaan kena tuduh.. “
Perkongsian video ini turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terhibur melihat trend permainan yang pada awalnya mahu dilakukan dengan tenang akhirnya ‘gagal’ kerana masing-masing tidak dapat menahan perasaan. Ada juga yang mengatakan hubungan rapat dan sporting antara ibu dan anak ini membuatkan video tersebut terasa sangat natural dan menyeronokkan untuk ditonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz

