Connect with us

Artis / Selebriti

” Dalam banyak-banyak benda yang jadi, Bella ternampak sesuatu kat sosial media.. ” – Bella Astillah

Video Bella Astillah, Nabil dan Pak Azad mengusik Radin tentang satu komennya kepada isteri buat ramai terhibur. Nampak lain Radin lepas kahwin..

Menerusi akaun Instagram Eraje, gelagat spontan di konti radio Era telah mencuit hati peminat apabila Bella Astillah bersama Pak Azad serta Nabil Ahmad tidak melepaskan peluang mengusik Radin yang baru sahaja berkahwin ketika bersiaran di konti ERA.

Suasana santai bertukar lebih mencuit hati apabila Radin sendiri dilihat begitu sporting melayan usikan rakan-rakannya. Antara yang mencuri perhatian apabila Bella menegur komen Radin di Instagram Radin yang berbunyi, “ Love tengok dorang kacau I,” yang ditujukan kepada isterinya.

Ia seolah-olah menggambarkan dia kini sudah mempunyai tempat untuk berkongsi cerita dan mengadu selepas berkahwin. Perkongsian tersebut membuatkan ramai pendengar tersenyum melihat sisi lebih lembut dan bahagia Radin.

Rakan-rakan di konti juga terus  mengusik Radin yang kini dilihat semakin tenang dan ceria apabila berbicara tentang rumahtangga. Selain kisah romantik dan usikan di konti, topik mengenai masakan isterinya turut menjadi perhatian.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleb mereka adalah :

” Love la cara diorang ,nak juga macam me . my husband sllu bawak bekal pi kerja dan dia dgn happynya bgi kawan2 dia mkn.. “

” Betul. Paling best bila orang puji masakkan kita. Sangat rasa dihargai. Hilang penat lelah.. “

” Sbb tu kena kawin paling kurang 2…hari2 boleh rasa lain2 rasa masakkan dan menu. Eleh, lepas ni bella pulak love dekat ybss.. siap lah bella kena bahan satu konti.. “

” Baguslah korang ni kongsi2 makanan semua happy puji masakan isteri . Semoga dimewahkan rezeki yang luas buat semuanya.. “

” Betul suami aku klu aku bawakkan bekal mesti dia ckp Umi nak lauk lebih boleh mmg aku sendiri bekalkan pun byk klu dia nak lebih aku mmg bg lebih… “

” Kami sbg isteri lg bangga bila kwn² suami suka mskn kita..lg suka bila kdg² mrk mintak kita mskn mknn yg dorg suka utk jamuan.. “

” Sbb dia mmg suka share dgn kwn tmpt kerja.. sebenanrnya dlm rezeki kita ada rezeki utk org lain insyaallah rezeki x putus.. “

Walaupun ia merupakan usikan antara rakan rakan, namun ia ada memberi sedikit pengajaran dalam kehidupan berumahtangga. Nampak selepas Radin, pastinya Bella pula menjadi bahan usikan selepas ini kerana Bella pun tidak lama lagi bakal bergelar isteri pula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eraje

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak