Artis / Selebriti
” Pandai Azeva bodek mama dan papa dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Azeva Natassha bercerita caranya membodek ibunya, Dato’ A. Aida buat ramai terhibur. Wah, pandai betul Azeva membodek, terus Mama bagi kad kredit. Part cara bodek Papa Meng pun win juga. Syok dengar Azeva bercerita..
Meninjau di akaun TikTok milik dhia.adwaa, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak perempuan kepada Dato’ A. Aida dan Ameng Spring iaitu Azeva Natassha sedang membuat sesi live bersama pengikutnya. Menerusi video tersebut, Azeva berkongsi yang dia ingin keluar membeli barangan skincare sebagai hadiah atau reward buat dirinya sendiri.
Pada awalnya, Azeva dilihat bercerita secara santai tentang caranya memujuk kedua ibu bapanya setiap kali ingin membeli sesuatu barang. Katanya, dia memang mempunyai ‘taktik’ tersendiri untuk membodek sehingga permintaannya sukar ditolak oleh ibu dan bapanya itu.
Seloroh Azeva lagi, suatu ketika dahulu dia sering menggunakan kad milik ibunya untuk membeli pelbagai barangan. Namun selepas melihat anaknya semakin rajin membeli-belah, Dato’ A. Aida mula bersuara dan mengatakan bahawa Azeva suka menghabiskan duit.

Tidak berputus asa, Azeva kemudian menggunakan ayat manis untuk memujuk ibunya. Kata Azeva, antara semua adik-beradik, wajahnya paling seiras dengan ibunya dan dia juga mahu cantik seperti A. Aida. Mendengar kata-kata tersebut, Dato’ A. Aida terus cair hati dan memberikan kad kepadanya.
Tonton video di bawah ini :
@dhia.adwaa 😂😂btw cantik skin azeva..tak makeup pun lawa kan #azeva #fyp #ameng #ttmm #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, ada yang memuji wajah Azeva cantik dan terhibur mendengar perkongsian Azeva. Komen tersebut adalah :
” Pandai Azeva bodek mama dan papa dia, haha. walaupun dia bercerita tunjukkan kemampuan tp tak rasa mcm dia riak. comel sgt dan lucu.. “
” Bagos dia panggil mak masa konten ni,walaupn dia paggil mama.. Org ganu mg baik dn comey2, ehhehehe.. “
” Muka dia memang cantik betul walaupun tak pakai makeup.. Manis, sebiji muka mama dia.. Tak jemu tengok.. “
Bukan itu sahaja, Azeva turut berkongsi dia pernah menggunakan cara sama terhadap bapanya, Ameng Spring. Ujar Azeva, dia pernah meminta untuk membeli amplifier dengan alasan mahu menjadi seorang rocker seperti bapanya itu. Tanpa berfikir panjang, Ameng terus memasukkan duit ke dalam akaun bank untuk Azeva membeli barang tersebut.

Perkongsian video itu mencuit hati ramai warganet. Rata-rata terhibur mendengar cerita Azeva dan kepandaian Azeva membodek kedua ibu bapanya. Malah ada juga yang mengatakan Azeva seorang anak yang bijak, manja dan tahu mengambil hati ibu bapanya dengan kata-kata yang manis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG dhia.adwaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu

