Artis / Selebriti
” Kenapa Amar pergi tinggal isteri dan anak-anak ? Kenapa Amyra izinkan ? ” – Amyra Rosli

Muatnaik video sebelum Amar Baharin memulakan misi kembara kayuhan basikal ke Mekah, perkongsian Amyra Rosli buat ramai tersentuh. Sebaknya masa Amar peluk isteri dan anak-anak. Amyra pun tak dapat tahan air mata..
Meninjau ke akaun Instagram Amyra Rosli, posting terbaru Amyra telah meraih perhatian ramai. Amyra memuatnaik sebuah video ketika suaminya, Amar Baharin hendak memulakan misi kayuhan ke Makkah sejauh 8,000 kilometer.
Amar pergi bersama rakannya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang juga pendaki Malaysia yang pernah menawan Gunung Everest. Sebelum memulakan perjalanan, Ammar memeluk dan mencium isteri serta anak-anaknya.
Amyra turut diasak dengan beberapa soalan yang ditulis di ruangan kapsyen posting ini, namun Amyra sendiri tiada jawapan untuk itu. Menurut Amyra, dia redha dan ikhlas dengan segala aturan dari Allah SWT dan pastinya ada hikmah.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada warganet berasa sebak melihat perpisahan sementara antara Amyra dan anak-anak bersama Amar yang sudah bermula perjalanannya pada 3 hari yang lepas.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat Amar. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kembara musafir menuju Allah..sejengkal hamba dtg kepada Allah sehasta Allah dtg kepada nya..kalau berjalan dtg kepada Allah berlari Allah dtg kepada hambaNya.. yg faham akan faham.. dan antara doa2 yg dimakbul adalah doa2 org bermusafir.. “
” Kdg2 sbg isteri kita support apa sj minat pasangan kita wpon berat, asalkan tidak salah disisi agama..semoga Allah s.w.t permudahkan & melindungi spnjg perjalanan Amar & Dato Qobin..Aminnn.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan & dilindungiNya slalu buat family amyra ..keep strong ye.. Amar bukan g ride saja2.. dia ride ada tujuan ke rumah Allah.. InshaAllah isteri mana2 pn akan izinkan.. “
” Hidup ni mmg penuh dengan kenape . Moga dipermudahkan urusan ammar hingga ke destinasi dituju. Ister terbaik yg menyokong perjuangan suami utk ke rumah Allah walau menaiki apa sekalipun.. “
” Moga tuan selamat dlm perjalanan pergi n pulang.. Famili n ank2 In sha Allah serah pd Allah pencipta 7 petala bumi n Langit.. Allah tak pernah tidor Aminnnnn.. “
” Be strong myraa. InshaAllah dilindungi & dipermudahkan Allah s.w.t .. Hari tu tengok kat TV diaorg jemput amar. Amar dah. Explain kenapa dia laku kan perjalanan ini. . “
” Pengorbanan…itu jwpn nya. Selama ni hidup selesa, bila selesa, lupa ttg pengorbanan….. wktu mira peluk tu,.. sayu ja rasa…. semoga urusan amar dipermudahkan dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.. “
Apa-apa pun, misi Amar ini bukanlah biasa-biasa. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat Amar Baharin di sepanjang misi kayuhan ke Mekah. Semoga Allah permudahkan juga urusan Amira mengurus anak-anak semasa ketiadaan Amar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen