Artis / Selebriti
” Dulu masa kecil aku cuma duduk dengan mak sampai umur 9 tahun. Lepas tu, Kak Erma.. ” – Betty Rahmad
Perkongsian Betty Rahmad mengenai kehidupan bersama ibunya, Cik Semah ketika kecil buat ramai tersentuh. 1st time Betty berkongsi kisah ini, ramai yang tak tahu. Sebaknya baca cerita Betty, lagi-lagi part Erma Fatima tu..
Bagi yang mengikuti pelakon Betty Rahmad, pasti mengetahui yang Betty sering membuat video memasak bersama ibunya, Cik Semah. Boleh dikatakan, video masak Cik Semah ini sering menarik perhatian warganet kerana terhibur menonton telatah Cik Semah.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Betty ada memuatnaik video yang memaparkan Betty sedang bersama Cik Semah di taman menemani anaknya bermain. Namun, kali ini apa yang menjadi perhatian adalah penulisan Betty di ruangan kapsyen,
Betty ada bercerita mengenai kisah hidupnya ketika kecil. Tulis Betty, Bettry hanya dapat tinggal bersama ibunya sehingga usia 9 tahun. Ketika usianya masih bayi sehingga umur 9 tahun, banyak masa dihabiskan bersama pembantu memandangkan ketika itu Cik Semah dan arwah bapa Betty sibuk bekerja.

Selepas itu, ketika usianya 9 tahun, Betty dijaga oleh kakaknya, Erma Fatima. Meskipun kehidupan kecilnya kosong dan tidak merasa moment bersama ibu tersayang, Betty sedikit pun tidak menyalahkan Cik Semah. Malah Betty bersyukur pada usia ibunya 78 tahun ini, Betty masih dapat menjaga Cik Semah.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan memberikan pelbagai respon setelah membaca apa yang ditulis oleh Betty. Antara komen-komen menarik adalah :
” Benciiii.. Mengalir ayaq mata bacaaaaa.. Alhamdulillah diberikan rezeki duduk dgn mak lagi. Tgk dia depan mata.. Yang single ni tlg tgk kan.. “
” Bertuah kak betty ada emak lg di usia ini. saya tak dpt melepaskan lelah d bahu emak saya. Hanya kenangan kami bersama dulu3.. “
” Love Cik Semah, tringt Arwah opah@mak saya.. Selagi ada kita jaga ble dh takde rindu tu sakit nya ya Allah.. Didoakan semoga Cik Semah siha2 slalu.. “
” Tiap kali saya tengok video cik bety dgn mak semah.. Saya rasa terharu dn tumpang gembira.. Wlupu saya sbnrnya rindu dgn arwah mak saya..saya masih kecil umur 7thn arwah mak saya pergi.. “
” Kak betty. Saya menangis bila baca caption kak betty, tak pernah2 kak betty tulis mcm ni.. Terus rasa touching tau.. Alaaaa sedihhh.. “
” Saya rasa terharu hingga menitiskan airmata baca catatan Sis.. Saya tiba2 teringatkan kenangan masa kecil hingga Mac 2005 Bersama Arwah Mak. Arwah Mak meninggal dunia April 2005. Sejak itu Hati saya terasa kosong.. “
” Hargailah mak selagi dia msih ada ciptalah kenangan yg byk bsama dia, sblm mak dijemput ilahi mcm mak akk alfatihah buat arwah mak.. Rindu mak sgttt, tiada lagi doa dr seorg mak utkku.. “
Tak pernah Betty berkongsi penulisan seperti ini, patut lah ramai yang membaca merasa tersentuh dan sebak. Sesungguhnya, kasih sayang ibu itu membawa ke syurga. Semoga Cik Semah terus diberikan kesihatan yang baik dan hidup bahagia bersama anak-anaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


