Artis / Selebriti
” Orang lelaki ni kalau dah tua mengada-ngada, nak manja manja.. ” – Mak Semah
Video Betty Rahmad mengusik mengatakan ada calon suami baru yang seiras muka Dato’ Jalaluddin Hassan untuk ibunya. Respon Mak Semak buat ramai terhibur. Part Mak Semah sebut ‘Marabbuka’ tu paling lawak. Memang berdekah ketawa, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Betty dan ibunya, Mak Semah. Betty sememangnya suka menyakat Mak Semah dan ada sahaja perkara yang menjadi bahan usikannya.
Pada awal video ini, Betty bertanyakan kepada Mak Semah mengatakan dia ada seorang calon suami untuk Mak Semah yang mana wajahnya seperti Dato’ Jalaluddin Hassan. Mak Semah dengan pantasnya menolak tawaran itu dan mengatakan dia tidak mahu.
Betty melanjutkan pertanyaan dengan bertanyakan sebab mengapa Mak Semah tidak mahu berkahwin lagi. Jawapan yang Mak Semah berikan menghiburkan warganet. Kata Mak Semah, menjadi seorang isteri ini bukan perkara yang mudah kerana ianya satu tanggungjawab yang besar.

Bagi Mak Semah, hidup seorang lebih baik jika dibandingkan hidup bergelar isteri kerana ada perkara yang boleh membuatkan pasangan terasa. Tambahnya lagi, kita sebagai isteri mencari pahala dan bukannya mencari bala. Kata-kata Mak Semah selepas itu membuatkan Betty sendiri berdekah ketawa.

Lebih 3000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Ayat mak semah sama macam my mom ok! Hahaa. As long as she’s happy we’re all good.. Tak layan dah dapat bala.. Sakit perut ketawa Cik Semah.. “
” Risaulah bettyrahmad bos saya 70an mcm ni lah.akhir berjodoh jugak dan Allah temukan lelaki soleh sesuai dgn doa dia.. “
” Marabbuka hentam mana suka haha, adui mak semah kelakar betul.. terbaik mak semah,setuju sangat.. sayang mak semah.. “
” Jawapan terbaik haha.. Lucu betul lah mak semah ni.. tapi betul lah mak semah cakap pun. nak cari pahala kang jadi cari bala.. dosa bertambah tambah.. “
” Single je blh g mne2 suka dan enjoy ngn ank2 smntara masih sihat dn blh berjalan….bahagia sgt2 sbb ank2 dh besar mereka dh blh meratukan ibunye.. “
” Ayat ayat Mak semah memang padu betul walau nmpk kelakar.. saya single sampai bila bila… kita geng.. “
” Marabbuka, setuju. Lucu lah mak semah ni. Laki yg ade ni pun tah ape nak jwb nanti Marabbuka.. Hadoiii Mak Semah,terkekek saya ketawa..

Betul juga apa yang dikatakan oleh Mak Semah itu. Apabila sudah berusia sebegini, ketenangan yang paling diinginkan dan mengumpulkan sebanyak mana pahala yang boleh sebagai bekalan di alam sana. Semoga Mak Semah sentiasa ceria dan gembira bersama anak-anak tersayang.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen

