Connect with us

Artis / Selebriti

” Stress Afwa, dari dekat rumah sampai dekat sekolah kena dengar suara yang sama, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Afwa ketika ibunya, DS Siti Nurhaliza sedang menyanyi di majlis sekolah Afwa buat ramai terhibur. Melilau-lilau mata Afwa, cari suis speaker ke tu. Muka Afwa tu memang tak cover langsung ye, haha.. 

Gelagat anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa seringkali menjadi perhatian warganet. Sebelum ini, Afwa pernah menyuruh ibunya itu supaya diam dan tidak menyanyi ketika sedang live. Afwa juga pernah menutup muzik ketika DS Siti sedang menyanyi di rumah.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok iezzafiz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa ketika DS Siti sedang menyanyi di majlis sekolah Afwa. Nyanyian oleh DS Siti adalah secara spontan sahaja dan ianya diminta oleh pengacara pada majlis ketika itu.

DS Siti sememangnya cukup sporting dan tidak menolak memperdengarkan suaranya yang merdu itu. DS Siti menyanyikan lagu Cindai dan ianya mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin yang berada di situ. Gelagat Afwa pula mencuri perhatian ramai.

Afwa kelihatan tidak senang duduk dan matanya seakan mencari-cari sesuatu. DS Siti yang menyedari keadaan Afwa itu menarik tangan Afwa supaya berdiri di sebelahnya. Ramai yang mengusik di ruangan komen mengatakan Afwa mencari suis speaker.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Afwa tengah cari suis tu nk tutup haha. afwa mesti nak cari Abang PA Ssytem tu.. dia jgk yg kata suara mak dia xsedap haha.. “

” Mata afwa dh melilau dh tu. cari suiz. nak tutup haha. ni mesti mak bapak yang over exited mesti..hehheh utnung lah sekolah anak tokti.. “

” Risau takut afwa sruh ibu dia diam jer… afwa pusing ii cari speaker ke nak tutup hehe.. dia x heran pun mak dia penyanyi no 1 negara.. “

” Ibu jgn jauh sgt dari afwa… kang tau2 senyaaaapp je Event! Afwa tutup plug.. afwa tu mcm tak heran langsg mak dia tokti jhahahahha.. “

” Punye la ibu dia takot dia g belakang pentas hahahaha nak nyanyi pon xsenang hati. risau afwa ttp suis.. “

” Afwa mata dia tgh melilau cari suis nk off mic dgn lagu tu.. aku takut afwa tutup speakers hahaha.. “

” Stress Afwa. Dari dekat rumah sampai la dekat sekolah kena dengar suara yang sama haha.. Afwa tak senang duduk tu mesti bila nak habis ni haha..”

Alahai Afwa, orang lain teruja dapat mendengar nyanyian ibu Afwa yang lunak merdu itu tetapi Afwa seperti tiada perasaan mendengarnya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video ini.

Tonton video di bawah :

@iezzafiz

suara mcm dlm kaset #sitinurhaliza #cindaisitinurhaliza #datositinurhaliza

♬ original sound – IzzaFiza – IzzaFiza

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tiktok iezzafiz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Massager

Trending

Copyright © Berita Kopak