Connect with us

Artis / Selebriti

” Ahhh sebak bila Zubir tengok lukisan tu. Sangat istimewa buat Zubir.. ” – Komen Netizen

Video Zubir Khan menangis ketika melihat hadiah kejutan yang diberikan oleh isterinya, Dr. Heama Maleni di majlis resepsi mereka buat ramai tersentuh. Sebak tengok Zubir menangis macam tu..

Beberapa hari lalu, penyanyi terkenal, Zubir Khan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Dr. Heama Maleni selepas sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bermakna.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik XO HOUSE, telah dimuatnaik beberapa video yang memaparkan momen sekitar majlis resepsi pasangan pengantin baru itu. Selain diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, majlis berkenaan turut dihiasi dengan pelbagai detik manis yang mencuri perhatian ramai.

Apa yang paling menyentuh hati ialah kejutan istimewa yang disediakan oleh Dr. Heama buat suaminya. Tampil anggun mengenakan busana berwarna biru, Dr. Heama menghadiahkan sebuah potret yang dilukis khas sebagai tanda kasih dan penghargaan buat insan tersayang.

Lebih mengharukan, potret tersebut memaparkan wajah mereka berdua bersama kedua orang tua mereka. Sebaik sahaja melihat lukisan itu, wajah Zubir jelas berubah dan tidak mampu menahan sebak apabila melihat wajah arwah ayahnya turut ada pada potret itu. Penyanyi itu kemudian dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan hadiah yang cukup bermakna itu.

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” He surely missed his daddy on his big day but his daddy is watching him from above and his blessings will be there, Congrats to these lovely love birds and may you stay happy forever.. “

” The way he saved the picture in one hand, true hero to be celebrated.. Congrats Zubir and Dr. Heama.. “

” Cantik dan berkerjaya bini dia..pandai dia pilih.kekurangan Zubir bkn jd halangan psgn dia menerima dgn seadanya.. “

” Pasangan sejoli…. Menerima kelebihan dan kekurangan masing2.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, amin.. “

” I’m very for you Zubir.. Happy Marriage Life and May God Bless Both Of you always with More Happiness and More Success in Life Together.. “

” Ahhh sebak bila Zubir tengok lukisan tu.. Sangat istimewa buat Zubir.. Al Fatihah buat arwah ayah Zubir.. “

” Anak dia org mesti cantik tgok wife dia lawa btuL.. Rambut pun cantik.. Congratulations moga kekal bhgia selamanya.. “

Perkongsian video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang mengakui tersentuh melihat kasih sayang dan keprihatinan Dr. Heama terhadap suaminya, malah mendoakan agar rumahtangga yang dibina sentiasa dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang serta dikurniakan rezeki yang melimpah dan berkekalan hingga ke syurga.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG x.o.house

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Foxer

Trending

Copyright © Berita Kopak