Artis / Selebriti
” Handsomenya Zubir tu. By the way lagu ni best gila, haha.. ” – Komen Netizen

Video Zubir Khan Membuat Persembahan Khas Di Majlis Sambutan Hari Lahir Elisya Sandha. Wah Meriahnya, Seronokย Semua Bila Zubir Nyanyi Live Lagu Macha Macha Yennode Macha. Lain Macam Apabila Lagu Tamil Dinyanyikan Masa Birthday Orang Melayu, Hehe !!
Nama Zubir Khan antara nama yang sedang meningkat naik masa kini. Keistimewaannya boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Tamil membuatkan Zubir menjadi penyanyi yang lain daripada yang lain. Yennode Macha antara lagu Zubir yang menjadi siulan ramai sekarang.
Tidak hanya kaum India yang menggemari lagu Zubir, malah kaum-kaum lain juga menyukai lagu yang dinyanyikan oleh Zubir ini. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zubir membuat satu persembahan khas di majlis ulang tahun kelahiran Elisya Sandha.
Lagu Yennode Macha menghiburkan semua yang hadir pada majlis ini. Malah mereka semua turut menyanyi bersama-sama dengan Zubir. Fasha, Elisya dan Aidil kelihatan cukup seronok dan turut sama berjoget ketika Zubir menyanyikan lagu tersebut.
Meriah sungguh sambutan hari lahir Elisya. Belum pernah lagi sambutan hari lahir untuk orang Melayu dihidangkan dengan lagu Tamil. Ini memang sambutan yang berbeza dari tahun terdahulu untuk Elisya dan akan diingati sebagai salah satu kenangan manis tahun 2024.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan oleh mereka :
” Handsomenya Zubir tu.. by the way lagu ni best g1la haha.. Suara dia macam Nabil Ahmad daa.. Bestnya.. ”
Untuk makluman, Elisya menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 tahun. Menerusi portal Gempak juga, Elisya ada meluahkan rasa terharunya kerana memiliki kakak seperti Fasha. Sejak dari Elisya kecil, Fasha sentiasa menjadi kakak yang terbaik untuk dirinya.
Majlis hari lahir yang tidak hanya birthday girl yang gembira tetapi juga semua tetamu yang hadir. Yennode Macha memang sedap rentaknya dan mampu membuatkan semua rasa ingin berjoget sama. Apa-apa pun, selamat hari lahir Elisya daripada kami di Berita Kopak. Semoga berbahagia selalu Elisya.
Silakan SHARE..
Sumber :ย IG Astro Gempak, Portal Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen