Artis / Selebriti
” Kalau dia nyanyi sedap ajer, tak bising ek. Kalau ibu nyanyi dia kata bising, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Muhammad Afwa menyanyi lagu baru ibunya, DS Siti Nurhaliza buat ramai terhibur. Wah lagu ni approved by Afwa lah. Part Afwa menyanyi ‘ahaha ahahahaha’ tu comel sangat..
Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan telatah anak lelaki kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa yang sering menutup telinga atau meminta ibunya berhenti menyanyi setiap kali DS Siti mendendangkan lagu. Gelagat comel Afwa itu telah membuatkan warganet terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik muhdafwakhalid, telah dikongsikan dua video baru yang memaparkan Dato’ Siti merakam telatah Afwa. Menerusi video pertama, Dato’ Siti dilihat menyanyikan lagu terbarunya yang bertajuk Kumbang Bunga. Afwa kelihatan mula menyukai lagu tersebut. Malah, Afwa turut menyanyi sambil menyebut ‘ahaha ahahaha’ mengikut rentak lagu itu dengan penuh ceria.
Manakala menerusi video kedua pula, Afwa dilihat sedang menyanyi di dalam kereta. Perkongsian dua video tersebut telah mengundang tawa warganet. Komen warganet, lagu baru Dato’ Siti nampaknya sudah mendapat ‘kelulusan rasmi’ daripada Afwa. Ada juga yang mengatakan Afwa kini semakin menyukai suara ibunya sendiri.

Bahkan, ada juga yang berseloroh mengatakan adakah Afwa akan marah jika ibunya pula berkata nyanyiannya tidak sedap seperti yang pernah dikatakan Afwa kepada Dato’ Seri Siti sebelum ini. Perkongsian tersebut telah meraih ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah Afwa tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandainya Afwa ikut rentak lagu ibu ye, comel sangat dengar.. Senangnya jadi backup singer. Auntie pun nak jadilah macam Afwa.. “
” Baru sudah mandi & pakai bedak.. comeyyy nyaaa Dik Afwa.. Mood pun macam clear je, hehehehe.. Dia suka lah lagu baru ibu dia.. “
” Kalau dia nyanyi, sedap ajer, tak bising ek, adik2.. Pandai kau yer.. Ibu tu suara habis lunak, boleh pula cakap tak sedap, haha.. “
” Tak tau lagu aha aha aha pon dah ok lah tu besuk2 pandai lah tu.. Afwa makin besar makin comel lah dia.. Geram tengok.. “
” Afwa anak yang bijak.. Hahahaha pandai lah dia tu.. Geram tgok Afwa.. Baru ja rasa dia baby tau2 bukan main skrg…”
” Cer kalau ibu dia cakap bising tak sedap dia menyanyi, agak2 marah tak, hahahahha.. Rasa lagu ni lulus lah bagi dia.. Tu boleh ikut menyanyi.. “
” Bukan main lagi budak Afwa ni, bila dia nyanyi ok pulak, kalau ibu yg nyanyi dia kata bising.. Btw comel dia sejak dah makin besar.. “
Comel sungguh telatah Afwa ketika menyanyi. Jika dahulu Afwa ‘tidak suka’ mendengar suara ibunya menyanyi, kini nampaknya Afwa semakin bangga dengan suara emas yang dimiliki oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Semoga Afwa terus membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

